DOKUMENTASI, ANALISIS DAN PENGGUNAAN HADITH: SATU PENILAIAN KEATAS REKABENTUK MASJID MODEN DI MALAYSIA

Nangkula Utaberta, Hafsah Othman, Mastor Surat

Abstract


Kertas kerja ini cuba untuk menyusun dan menganalisa hadith dalam memberi pendekatan pilihan untuk rekabentuk masjid moden di Malaysia. Kajian dilakukan dengan membuat pengumpulan Hadith-hadith himpunan Bukhari dan Muslim yang kemudian dihuraikan dan dijadikan kerangka rujukan bagi menangani pelbagai permasalahan dan kecelaruan rekabentuk masjid yang terjadi di Malaysia. Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama mengandungi kajian mengenai isu dan permasalahan rekabentuk masjid di Malaysia. Bahagian dua pula terdiri daripada dokumentasi dan analisis terhadap himpunan Hadith-hadith berkenaan dalam menyingkapi pelbagai isu dan permasalahan rekabentuk masjid di Malaysia dan dunia. Diharapkan melalui kajian ini kita dapat memahami penggunaan hadith sebagai salah satu pendekatan utama dan menjadi kerangka pertimbangan dalam penghasilan rekabentuk masjid moden di Malaysia untuk masa kini dan masa hadapan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.