CABARAN PEMAJU PERUMAHAN UNTUK MEMBINA RUMAH MAMPU MILIK DI MALAYSIA
Abstract
Permintaan terhadap rumah mampu milik di Malaysia semakin meningkat walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan. Ketidaksepadanan antara harga rumah dengan kemampuan kewangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana telah mewujudkan cabaran besar kepada pemaju dalam menyediakan perumahan mampu milik. Namun begitu, pemaju masih cenderung untuk membina rumah berharga tinggi kerana menawarkan pulangan keuntungan yang lebih besar, sekali gus menyebabkan jurang antara dasar kerajaan dan realiti pasaran semakin melebar. Kajian ini bertujuan untuk menentukan cabaran utama yang dihadapi oleh pemaju dalam pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) serta mengenal pasti faktor paling signifikan yang mempengaruhi keengganan mereka untuk melaksanakan projek tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik kepada pemaju yang berdaftar dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak 112 borang soal selidik yang lengkap telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan SmartPLS. Dapatan kajian menunjukkan lima kategori utama cabaran yang dihadapi oleh pemaju, iaitu kos, perasaan tidak terjamin, dasar dan perundangan yang tidak seragam, kekurangan sokongan, serta faktor luaran. Antara kesemua faktor tersebut, hanya faktor perasaan tidak terjamin didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan keengganan pemaju untuk membina RMM. Faktor ini berpunca daripada kemampuan kewangan pembeli yang rendah, kesukaran mendapatkan pinjaman bank, serta lokasi pembangunan yang kurang strategik. Kajian ini mencadangkan agar kerajaan dan institusi kewangan memperkukuh insentif kewangan, menyediakan tanah di lokasi strategik, dan melonggarkan syarat pembiayaan bagi mengurangkan kerisauan pemaju untuk membina RMM. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai perspektif sektor swasta dalam merealisasikan agenda perumahan mampu milik negara serta menekankan keperluan kerjasama menyeluruh antara kerajaan, institusi kewangan dan pemaju bagi memastikan kelestarian pembangunan perumahan mampu milik di Malaysia.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abidin, N. Z., & Basrah, N. (2019). Development Framework for Affordable Housing on Waqf Land. . In N. Z. Mohd sidek, R. Said, & W. Wan Hassan, Islamic Development Management; Recent Advancement and Issues, 12, 187-198.
Abllah, N. (9 October, 2018). Kerajaan Usaha Tambah Rumah Nampu Milik: BHonline.diperolehi semula dari https://www.bharian.com. my/bisnes/hartanah/2018/10/483667/kerajaan-usaha- tambah-rumah-mampu-milik pada 31 Januari 2025
Adediran, A. O. (2020). The Fundamentals To Affordable Home-Ownership In Nigeria. energy, 7(4). Journal of Multidisciplinary Engineering Science and Technology (JMEST), Vol.13, 11659-11665.
Agus, M. R. (2002). The Role of State and Market in the Malaysian Housing Sector. Journal of Housing and the Built Environment, 17(1), 47–49
Ahmed, Y., Sipan, I. A. B., & Hashim, H. B. A. (2020). Public Private Partnership Strategy for Housing Provision in Abuja, Nigeria. International Journal of Scientific & Technology Research, 9(01), 1150=1162
Anikeeff, M. A., & Sriram, V. (2008). Construction Management Strategy and Developer Performance. Engineering, Construction and Architectural Management, 15(6), 504–513
Azrina & Malina (2012), Pemilikan Rumah dalam Kalangan Masyarakat Bandar Berpendapatan Sederhana dan Rendah di Malaysia, Sosiohumanika, 5(2), 269-284
Bougie, R dan Sekaran,U. ( 2019), Research Methods for Business, John Willley and Sons, N.J.
Dasar Perumahan Negara, D. (2018). Diperolehi semula dari https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/Dasar_ Perumahan_Negara_2018-2025__.pdf pada 16 Julai 2024
Dixit, S., Mandal, S. N., Thanikal, J. V., & Saurabh, K. (2019). Study of Significant Factors Affecting Construction Productivity Using Relative Importance Index in Indian Construction Industry. E3S Web of Conferences, 140. Diperolehi semula https://doi.org/10.1051/e3sconf/201914009010 pada 4 Disember 2024
Hair, JF.;Risher, JJ., Sarstedt; M., Ringle, CM. (2019), When to use and how to report the results of PLS-SEM, European Business Review, 31 (1),: 2–24.
Hamidi, S., Ewing, R., & Renne, J. (2016). How Affordable Is HUD Affordable Housing? Housing Policy Debate, 26 (3), 437-455.
Haron, H., Khalid, S. N., Ganesan, Y., & Fernando, Y. (2017). A handbook for business research method. Kuala Lumpur, Malaysia: Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Jamaluddin, N. B., Abdullah, Y. A., & Hamdan, H. (2016). Encapsulating the delivery of affordable housing: An overview of Malaysian practice. MATEC Web of Conferences 66, 0047 (pp. 1-8). Kuala Lumpur, Malaysia: EDP Sciences.
Kaner, E. F., Haighton, C. A., & McAvoy, B. R. (1998). So Much Post, So Busy with Practice--So, No Time!': a Telephone Survey of General Practitioners' Reasons for Not Participating In Postal Questionnaire Surveys. British Journal of General Practice 48 (428), 1067-1069.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining Sample Sizes For Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 607-610
Ling, C. S., Almeida, S. J., & Wei, H. S. (2017). Rumah Mampu Milik: Cabaran dan Langkah ke Hadapan. Buletin Suku Tahunan, Suku keempat.
Masram, H., & Misnan, S. H. (2019). Evolution of Policy For Affordable Housing Programmes in Malaysia. International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 43(2), 86-98.
Mansur, S.A., Abdul Hamid, A.R. and Yusof, N.A. (2016) Rising Trend in Construction Cost and Housing Price. Journal of Advanced Research in Business and Management Studies, 3, 94-104.
Mohajan, H. K. (2020). Quantitative Research: A Successful Investigation in Natural and Social Sciences. In Journal of Economic Development, Environment and People (Vol. 9, Issue 4). diperolehi semula dari https://doi.org/10.26458/jedep.v9i4.679 pada 4 Februari 2024
Mohd Daud, N., Mohamad Nor, N., Nor Ali, U. N., Yusuf, M. A., & Munikanan, V. (2017). Affordable housing system: a review on issue of housing affordability. The Social Sciences 12 (7), 1281-1287.
Nuruddin, A. R., Bakar, S. P., & Jaafar, M. (2015). Unveiling the challenges faced by Malaysian Housing Developers through government policy changes. Journal of Construction in Developing Countries, 20(2), 37-52.
Osee, B. I., & Manirakiza, R. (2015). Challenge Toward The Provision Of Affordable Housing For Low Income Earners. Case Study Of Batsinda Ii Affordable Housing Project, Kigali City, Rwanda , International Journal of Novel Research and Development, 9(6), e624-e631.
Perbadanan PR1MA Malaysia, P. (2017). Diperolehi semula dari https://www.pr1ma.my/register.php?lang=bm pada 23 Jun 2025
Purwanto, A., & Sudargini, Y. (2021). Partial Least Squares Structural Squation Modeling ( PLS-SEM ) Analysis for Social and Management Research : A Literature Review. Journal of Industrial Engineering & Management Research, 2(4), 114–123.
Pusat Hartanah Negara (2021) Bahagian Pengurusan Hartanah diambil semula di https://napic2.jpph.gov.my/ms pada 6 Mei 2024
Rolyselra, O. R. (2017). Kajian Terhadap Kos Pembinaan Rumah Kos Rendah Di Sarawak,.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Laporan projek Sarjana
Witold Rybczynski (2008), Why Can't We Build an Affordable House?, The Wilson Quarterly (1976-), 32(3), 16-19
Shuid, S. (2004, February). Low Medium Cost Housing in Malaysia: Issues and challenges. In Asia Pacific Network for Housing Research Conference (APNHR)., (pp. 1-13). Hong Kong.
Sulaiman, N., Ruddock, L., & Baldry, D. (2005). Can low cost housing in Malaysia be considered as affordable housing? Proceeding of the European Real Estate Society (ERES) Conference, (pp. 1-18).
Tan, T. H., Samihah, H., & Phang, S. (2017). Building affordable housing in urban Malaysia: Economic and institutional challenges to housing developers. Open House International, 42(4), 28-35.
Utusan Malaysia, (2016), 98 Rumah Mampu Milik, 42 Rumah Kos Sederhana Dibina di Kanowit, diambil semula di https://www.utusan.com.my/ pada 3 Frbruari 2025
Yusof, N. (2019). Faktor Penyumbang kepada Tekanan Perumahan di Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana Rendah di Pulau Pinang.KEMANUSIAAN 26(1) , 143–171.
Zamri, Z., Tarmidi, Z., & Maimun, N. H. (2020). Review of Spatial Model to Assess Suitability of Affordable Housing Based on Demand Criteria. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science (Vol. 540, No. 1, p. ). (p. 012047). In IOP Publishing.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
