CAMPURAN KEBIMBANGAN DAN KEMURUNGAN DALAM KALANGAN IBU BAPA KANAK-KANAK KURANG UPAYA FIZIKAL DI LUAR BANDAR SABAH (MIXTURE OF ANXIETY AND DEPRESSION AMONG PARENTS OF PHYSICAL DISABLED CHILDREN IN RURAL SABAH)

Lineker anak Takom, Ferlis Bullare@Bahari, Nurul Hudani Md Nawi

Abstract


ABSTRAK

Penyelidik terdahulu telah menunjukkan bahawa ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal mempunyai risiko tinggi untuk mempunyai masalah kesihatan mental yang disebabkan oleh cabaran besar dalam membesarkan anak kurang upaya. Cabaran ini ditambah lagi oleh kesukaran hidup di kawasan luar bandar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada ibu bapa kanak-kanak OKU fizikal mempunyai Mixed Anxiety and Depression (MAD) dan membina pemahaman yang mendalam "mengapa" ibu bapa mengalami MAD. Bahan untuk kajian kes ini diperoleh mengguna Kessler psychological ditress scale (K-10) dan temubual secara mendalam. Enam orang ibu bapa yang mempunyai MAD telah ditemubual. Analisis kandungan induktif dengan bantuan program komputer ATLAS.ti 7 telah menghasilkan enam simptom MAD ibu bapa (gangguan tidur, cepat marah, bimbang, mudah menangis, menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku dan putus asa (hopeless) mengenai masa depan) dan lima sumber MAD (kekurangan sokongan, masalah penerimaan, kekurangan maklumat dan pengalaman, faktor luar bandar dan masalah kesihatan anak. Dapat disimpulkan,  dapatan kajian ini berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak dari segi fizikal di luar bandar Sabah.

 

Kata kunci : MAD, ibu bapa, kanak-kanak kurang upaya fizikal, luar bandar


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Psikologi Malaysia have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Psikologi Malaysia, its editors or its publisher. Jurnal Psikologi Malaysia, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.