Analysis of the job descriptive index (JDI) using convergent and discriminant validity

Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Ariffin Hj. Zainal, Mohd. Asri Shafie

Abstract


Isu kepuasan kerja telah menjadi fokus banyak kajian dalam psikologi industri dan organisasi kerana ia merupakan satu petunjuk kepada pencapaian tinggi. Banyak instrumen psikologi telah dibina untuk mengukur kepuasan kerja dan satu daripadanya ialah Job Descriptive Index (JDI). Kajian ini bertujuan menilai aspek psikometrik Job Descriptive Index (JDI) khususnya kesahan konvergen dan diskriminan. Sejumlah 366 responden dipilih dalam kalangan pegawai polis yang berkhidmat sebagai pegawai keselamatn di satu organisasi. Mereka diminta menjawab JDI. Analisis statistik yang digunakan ilah kolerasi Pearson, alfa Cronbach dan analisis multitret-multimetod menggunakan pekali W. Keputusan menunjukkan bahawa JDI mempunyai kesahan konvergen yang memuaskan dengan lima subskala Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ). Dapatan ini jelas menunjukkan bukti kesahan gagasan telah diperoleh dalam analisis matriks multitret-multimetod. Disamping itu, JDI juga menunjukkan kesahan kriteria dengan kolerasi signifikan di antara kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Bukti-bukti kesahan gagasan dan kriteria ini disokong oleh keputusan alfa cronbach yang tinggi menunjukkan bahawa ia adalah satu instrumen yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan untuk mengukur kepuasan kerja.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Psikologi Malaysia have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Psikologi Malaysia, its editors or its publisher. Jurnal Psikologi Malaysia, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.