A descriptive study of the diagnosis and symptomotology of a sample of autistic children in the Klang Valley region of Malaysia
Abstract
Kertas ini mengkaji diagnosis dan simptom satu sampel kanak-kanak autistik di Lembah Klang, Malaysia. Lima puluh pesakit autistik yang mengunjungi Unit Psikiatri Remaja dan Kanak-Kanak (Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur) dalam jeda sepuluh minggu disoal selidik dengan menggunakan Skala Penilaian Autisme Kanak-Kanak (CARS). Keputusan kajian menunjukkan bahawa pesakit secara umumnya adalah lelaki (92%) dan dari beberapa bangsa berlainan. 80% daripada pesakit mengalami autisme sederhana dan 20% mengalami autisme serius. Daripada sampel tersebut hanya 35% tidak mengalami komorbiditi, di mana penyakit hiperaktif dan kurang daya tumpuan (ADHD) merupakan komorbiditi yang paling biasa. Tidak ada perbezaan signifikan dalam tahap autisme di antara pesakit dengan peristiwa antenatal dan/atau perinatal rumit, dan pesakit dengan pengalaman antenatal dan/atau perinatal biasa. Akhirnya, 30% daripada kanak-kanak autistik tidak terlibat dalam apa-apa jenis terapi. Keputusan kajian ini dibincangkan dari segi sistem kepercayaan bangsa berlainan di Malaysia. Implikasi bagi rawatan penyakit yang berbeza-beza di negara-negara membangun juga dipertimbangkan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
DISCLAIMER
The editors and publisher of Jurnal Psikologi Malaysia have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Psikologi Malaysia, its editors or its publisher. Jurnal Psikologi Malaysia, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.