Faktor-Faktor Penggunaan Konsep ‘PM Tepi’ dalam Kalangan Peniaga Media Sosial

(Factors the Use of ‘Private Message’ Concepts within Social Media Dealers)

  • Noranisha Othman Pusat Kajian Komunikasi dan Masyarakat Digital, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Adnan Pitchan Pusat Kajian Komunikasi dan Masyarakat Digital, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Konsep ‘pm tepi’, peniaga media sosial, perniagaan dalam talian, strategi pemasaran, media sosial

Abstract

Perniagaan dalam talian telah melonjak naik dalam kalangan pembeli pada masa kini dan hal ini mewujudkan penggunaan konsep ‘pm tepi’ yang mana menjadi kelaziman ketika mengiklankan barang di dalam laman Facebook dan Instagram. Peningkatan permintaan pelanggan terhadap pembelian secara dalam talian telah menarik peniaga menggunakan konsep ini untuk memudahkan urusan perniagaan. Namun, pada hari ini konsep ‘pm tepi’ bukanlah suatu perkara asing terutamanya di bandar-bandar besar. Kajian ini telah memilih Lembah Klang sebagai lokasi bagi menerokai faktor-faktor penggunaan konsep ‘pm tepi’ dalam kalangan peniaga media sosial. Kajian menggunakan kaedah kualitatif secara perbincangan kumpulan fokus iaitu informan seramai 15 orang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun yang berada di Kajang, Petaling Jaya dan Shah Alam. Hasil kajian utama mendapati bahawa peniaga menggunakan konsep ‘pm tepi’ sebagai salah satu cara strategi pemasaran untuk mempromosikan barangan di dalam media sosial dan di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi daripada pelanggan. Tindakan pelanggan itu sendiri apabila melakukan komen ‘pm tepi’ di dalam media sosial menyebabkan iklan-iklan tersebut menjadi paparan utama kepada pelanggan lain dan ini merupakan salah satu cara mempromosikan barang di dalam media sosial agar ia sering terlihat oleh pelanggan yang menyumbang kepada peningkatan pembelian barang. Selain itu, strategi pemasarannya adalah menyimpan nombor telefon pelanggan untuk digunakan sebagai satu langkah memujuk agar tertarik terhadap barang-barang baharu melalui konsep ‘pm tepi’.

ABSTRACT

Online businesses have spiked up among buyers today and this creates the use of the 'private message' concept which becomes the norm when it comes to advertising stuff on Facebook and Instagram. The increase in customer demand for online purchases has attracted traders using this concept to facilitate business dealings. However, today the concept of 'private message' is not a foreign matter especially in big cities. This study has chosen the Klang Valley as a location for exploring the factors of use of the 'private message' concept among social media traders. The study uses a qualitative method by focus group discussion which is 15 informants from Malays, Chinese and Indians in 20 to 40 years in Kajang, Petaling Jaya and Shah Alam. The results of the study found that traders used the concept of 'private message' as one of the means of marketing strategies to promote goods in social media and in areas with high demand from customers. The customer's action when committing ‘private message’ comments in social media causes these advertisements to be the primary display to other customers and this is one way of promoting goods in social media so that they are often seen by customers who contribute to increased purchases of goods. Additionally, the marketing strategy is to save the customer's phone number to be used as a persuasive move to attract new items through the 'private message' concept.
Keywords: ‘Private message’ concept, social media dealers, online business, marketing strategy, social media

 

Published
2020-04-26
How to Cite
Othman, N., & Pitchan, M. A. (2020, April 26). Faktor-Faktor Penggunaan Konsep ‘PM Tepi’ dalam Kalangan Peniaga Media Sosial. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/262