JURNAL WACANA SARJANA diterbitkan oleh Sekretariat Prasiswazah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.  JWS diterbitkan empat (4) kali setahun pada bulan Mac, Jun, September dan Disember. Mulai tahun 2020, JWS diterbitkan lima (5) kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mac, Jun, September dan November.

Tujuan utama jurnal ini diterbitkan adalah mengetengahkan hasil penyelidikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Ilmu sains sosial memfokuskan penelitian saintifik terhadap masyarakat serta hubungan sesama individu sebagai para pendiri masyarakat;  sedangkan ilmu kemanusiaan pula menjuruskan pengkajian secara kritikal terhadap dinamika identiti dan kerencaman kebudayaan manusia.  Antara disiplin ilmu pengkajian di bidang sains sosial dan kemanusiaan termasuklah antropologi, sosiologi, sejarah, agama, ekonomi, pendidikan, sains pembangunan, sains politik, psikologi, undang-undang, seni, sastera, bahasa dan linguistik.

 

 

The Journal for Scholarly Discourse is published by the Undergraduate Secretariat, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia. JWS is issued four (4) times a year in March, June, September and December. For the year 2020, JWS is issued five times a year in January, March, June, September and November.

The main purpose of this publication is to highlight research findings in Malay and English in the field of Social Sciences and Humanities. Social science focuses on scientific research on society as well as individual relationships as community founders; whereas humanities studies emphasise critical assessments of the dynamics of identity and composition of human culture. Among the disciplines of research in the field of social sciences and humanities include anthropology, sociology, history, religion, economy, education, development sciences, political science, psychology, law, art, literature, language and linguistics.