Permainan Mobile Legends dalam Kalangan Wanita di Hulu Langat, Selangor: Analisis Terhadap Faktor dan Kesan

(Mobile Legends Games among Women in Hulu Langat, Selangor: An Analysis of Factors and Impacts)

  • Ahnantha Rao Pushpunathan Pusat Kajian Komunikasi dan Masyarakat Digital, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Adnan Pitchan Pusat Kajian Komunikasi dan Masyarakat Digital, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: permainan mobile legends, wanita, internet, telefon pintar, komunikasi

Abstract

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak permainan telefon pintar yang inovatif telah dibentuk dalam talian untuk menghiburkan masyarakat termasuk permainan Mobile Legends yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton. Kini, permainan Mobile Legends semakin popular dalam kalangan wanita kerana permainannya yang agak mudah dan tambahan pula internet dan telefon pintar. Oleh itu, kajian ini berobjektif untuk melihat faktor dan kesan permainan Mobile Legends dalam kalangan wanita di kawasan Hulu Langat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana seramai 18 orang informan wanita telah ditemubual melalui teknik kumpulan fokus. Kawasan Hulu Langat dipilih sebagai lokasi kajian kerana menurut banci penduduk dan perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia, kawasan Hulu Langat mempunyai penduduk wanita kedua paling ramai dari umur 10 hingga 29 di negeri Selangor. Hasil dapatan kajian juga telah menemukan faktor utama yang menyebabkan wanita bermain permainan Mobile Legends adalah untuk mengisi masa lapang, pengaruh rakan sebaya serta pembaharuan ciri-ciri permainan. Hasil dapatan juga menujukkan kesan permainan Mobile Legends kepada wanita terbahagi kepada dua iaitu kesan positif dan negatif. Kesan positif yang diperolehi oleh wanita adalah dapat meningkatkan fokus, perasaan gembira, mengurangkan tekanan dan cekap dalam membuat keputusan manakala kesan negatif yang diperolehi adalah emosi terganggu ketika bermain permainan Mobile Legends dan kurang kemahiran komunikasi.

ABSTRACT

In recent times, there are many innovative smartphone games created online to entertain the community including the Mobile Legends game developed and published by Moonton. Now Mobile Legends game is becoming popular among women because of its relatively simple game and internet and smartphone. Therefore, this study is aimed to look at the factors and effects of Mobile Legends game among women in Hulu Langat area. This study uses a qualitative method where 18 women informants are interviewed through focus group techniques. The Hulu Langat area was chosen as the location of the study because according to the population and housing census of Malaysia 2010, the Department of Statistics Malaysia, the Hulu Langat area had the second highest female population from the age of 10 to 29 in the state of Selangor. The findings of the study have also found the main factor that causes women to play Mobile Legends games is to fill their free time, peer influence and innovation of game features. The findings also show the impact of the Mobile Legends game on women divided into two, potentially and negatively impacted. The positive impact the woman has on improving her focus, feeling happy, reducing stress and competitiveness in decision-making while the negative effects gained are disturbed emotions when playing Mobile Legends and less communication skills.
Keywords: mobile Legends game, woman, internet, smartphone, communication

Published
2019-12-31
How to Cite
Pushpunathan, A. R., & Pitchan, M. A. (2019, December 31). Permainan Mobile Legends dalam Kalangan Wanita di Hulu Langat, Selangor: Analisis Terhadap Faktor dan Kesan. Jurnal Wacana Sarjana, 3(4), 1 - 11. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/296