Tekanan Akademik Dan Kestabilan Emosi: Analisis Kualitatif Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

Academic Stress And Emotional Stability: A Qualitative Analysis Among Students of Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Faten Nabila Ismawi
  • Azahah Abu Hasaan Shaari
Keywords: emosi, mahasiswa, tekanan akademik, universiti

Abstract

ABSTRAK

Kecemerlangan dalam akademik dan kesihatan mental adalah komponen penting dalam melahirkan mahasiswa universiti yang berkualiti. Oleh itu, isu tekanan akademik dan kestabilan emosi perlu diambil serius kerana ianya akan mempengaruhi prestasi pendidikan serta kesihatan mental mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan tekanan akademik terhadap mahasiswa, serta faktor- faktor yang mampu mempengaruhi kestabilan emosi di kalangan mahasiswa itu sendiri. Hasil tinjauan literatur mendapati bahawa tekanan akademik dalam kalangan mahasiswa berpunca daripada fasa peralihan kehidupan baharu dan kemasukan awal institusi pengajian, kekangan masa dan pengurusan masa yang lemah, bebanan kerja yang tinggi, persaingan akademik, dan pengharapan yang tinggi daripada orang sekeliling. Selain daripada itu, tekanan akademik memberikan kesan terhadap prestasi mahasiswa, menyebabkan kemurungan, serta mendorong mahasiswa untuk terlibat dalam pelbagai tingkah laku yang berisiko. Sistem sokongan daripada rakan sebaya dan pensyarah merupakan antara strategi daya tindak berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan emosi mahasiswa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan menggunakan pendekatan fenomenologi. Seterusnya, kajian ini dijalankan di Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (FSSK), UKM Bangi Selangor. Kajian terhadap topik tekanan akademik dan kestabilan emosi harus diberi perhatian yang serius dengan merancang strategi yang holistik dan konprehensif supaya isu ini dapat diatasi lebih baik.

Kata kunci: Emosi, mahasiswa; tekanan akademik; universiti

 

ABSTRACT

Academic excellence and mental health are important components in producing quality university students. Therefore, the issue of academic stress and emotional stability must be taken seriously because it will affect their educational performance and mental health. This study aims to find out the effect of academic stress on students, as well as the factors that can affect the emotional stability among students themselves. The results of the literature review found that academic stress among students is caused by the transition phase of new life and early entry into educational institutions, time constraints and poor time management, high workload, academic competition, and high expectations from people around. A part from that, academic stress affects student performance, causes depression, and encourages students to engage in various risky behaviors.The support system from peers and lecturers is one of the effective coping strategies to improve the emotional well-being of students. This study uses qualitative methods and uses a phenomenological approach. This research was arried out at the Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSK), UKM Bangi. Research on the topic of academic stress and emotional stability should be given serious attention by planning a holistic and comprehensive strategy so that this issue can be better overcome.

Keywords: Emotions, undergraduates; academic stress; university

 

Published
2024-11-24
How to Cite
Ismawi, F. N., & Abu Hasaan Shaari, A. (2024, November 24). Tekanan Akademik Dan Kestabilan Emosi: Analisis Kualitatif Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 8(5), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/615