Pengaruh Media Terhadap Pilihan Parti Politik dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Awam di Lembah Klang

Authors

  • Junaidi Awang Besar
  • Mohd Fuad Mat Jali

Keywords:

Geopolitik popular, lagu, filem, karikatur, pilihan parti politik

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat seperti penggunaan media massa yang merangkumi media cetak, media elektronik dan media alternatif dalam dunia politik tempatan mahupun antarabangsa telah mewujudkan satu suasana yang baru dalam pembentukan sikap dan pandangan terhadap politik tempatan mahupun dunia. Dalam bidang kajian geografi politik, media ditafsirkan sebagai ‘geopolitik popular’ yang dapat mempengaruhi pemikiran dan pilihan politik seseorang. Secara umumnya, kajian ini bertujuan bagi mengetahui pengaruh geopolitik popular iaitu lagu/muzik, filem dan karikatur/kartun terhadap pilihan parti politik dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Malaysia di Lembah Klang. Kaedah pengumpulan data primer melibatkan soal selidik terhadap 217 orang pelajar di tiga buah universiti yang terlibat iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia di samping rujukan terhadap sumber sekunder iaitu buku-buku akademik yang berkaitan tajuk kajian, artikel jurnal, kertas seminar dan persidangan/prosiding, akhbar dan rujukan atas talian/ online. Berdasarkan kajian lapangan yang dijalankan medium penyampaian maklumat politik yang dominan ialah filem. Walaupun filem adalah yang dominan, jenis filem yang menjadi pilihan responden aksi bukannya bukannya filem yang berunsurkan patriotik atau kenegaraan. Ini bermakna majoriti responden menonton filem untuk hiburan, bukannya sebagai sumber maklumat politik. Hal ini telah memberikan peratusan yang agak rendah dalam sokongan yang telah dibuat untuk kemenangan parti bagi pilihan raya umum yang akan datang kerana ramai responden yang tidak pasti akan parti pilihan mereka. Justeru dapatan kajian ini penting untuk mengenalpasti sumber maklumat politik seterusnya pemikiran politik pelajar di institusi pengajian tinggi di negara ini untuk memastikan idealisme mereka selari dengan aspirasi pihak pemerintah.

Downloads

Published

02/03/2022

How to Cite

Awang Besar, J., & Mat Jali, M. F. (2022). Pengaruh Media Terhadap Pilihan Parti Politik dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Awam di Lembah Klang. Jurnal Personalia Pelajar, 18(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/148

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)