Kajian Empirikal Awal Terhadap Pola Kecenderungan Pemilihan Aliran Pengajian Peringkat Pra- Universiti oleh Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Authors

  • Mohamad Fhaizal Mohamad Bukhori
  • Rohaiza Daud
  • Nur Fazliana Rahim
  • Nor Amalina Ahmad
  • Mohd Aminudin Mustapha
  • Farah Liyana Azizan
  • Mohd Alhafiizh Zailani
  • Dhana Jay Raja Gopal

Keywords:

Pengajian, pra-universiti, sijil pelajaran malaysia

Abstract

Program pengajian sains hayat dan sains fizikal pada asasnya disasarkan kepada kelompok pelajar yang berbeza.

Setiap program mempunyai kelebihan dan perspektif yang tersendiri. Memandangkan program pra-universiti,

asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan, maka pelajar yang mengikuti program ini

perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang begitu ketat dan mencabar sepanjang tempoh pengajian.

Ekoran tersebut, secara dasarnya pelajar harus mempunyai fokus dan ketetapan untuk mengikuti program

pengajian sains hayat ataupun sains fizikal kerana sukatan pelajaran pra-universiti, asasi dan matrikulasi telah

disusun mengikut kursus yang tertentu untuk diikuti di peringkat ijazah pertama nanti. Selain itu, kemasukan

pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian sains hayat dan sains fizikal di institusi terpilih ini adalah

berdasarkan kepada pilihan sendiri dan memenuhi syarat-syarat dan kriteria kemasukan yang telah ditetapkan.

Namun, syarat yang ditentukan itu hanyalah berdasarkan kelayakan akademik tanpa pertimbangan personalti dan

minat. Justeru, kajian ini meninjau faktor-faktor yang mendorong para pelajar aliran sains lepasan SPM dalam

pemilihan aliran pengajian mereka di peringkat pra-universiti, asasi atau matrikulasi. Perbincangan ini melihat

kepada perkaitan yang jelas antara pola kecenderungan pemilihan yang digunakan oleh pelajar menerusi faktor

kehendak diri sendiri, dorongan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, limitasi pilihan, peluang pekerjaan, pilihan

kerjaya, serta latarbelakang kemahiran dan minat.

Downloads

How to Cite

Mohamad Bukhori, M. F., Daud, R., Rahim, N. F., Ahmad, N. A., Mustapha, M. A., Azizan, F. L., Zailani, M. A., & Raja Gopal, D. J. (2022). Kajian Empirikal Awal Terhadap Pola Kecenderungan Pemilihan Aliran Pengajian Peringkat Pra- Universiti oleh Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jurnal Personalia Pelajar, 18(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/149

Issue

Section

Full Research Article