Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful

Authors

  • Izzati Liyana Awang
  • Hendon Redzuan

Keywords:

Takaful, insurans hayat, persepsi, kefahaman, penerimaan, keyakinan

Abstract

Industri takaful di Malaysia telah diperkenalkan sejak tiga dekad yang lalu, namun kadar penembusan pasaran takaful masih jauh ketinggalan berbanding dengan kadar penembusan insurans hayat konvensional. Walaupun terdapat bilangan pembeli takaful yang agak signifikan dari kalangan bukan Islam, namun masih terdapat pasaraan takaful yang masih luas yang belum diterokai. Kajian ini bertujuan untuk meneroka persepsi pelajar bukan islam di UKM terhadap takaful. Faktor yan dikaji adalah kefahaman, keyakinan dan penerimaan terhadap takaful. Melalui kajian ini, persepsi pelajar bukan Islam boleh dikenalpasti untuk membantu industri takaful dan pembuat dasar untuk mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi mengalakkan pembelian produk takaful bukan sahaja dalam kalangan penduduk Muslim, tetapi juga penduduk bukan Islam. 

Downloads

How to Cite

Awang, I. L., & Redzuan, H. (2022). Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful. Jurnal Personalia Pelajar, 18(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/160

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)