Sukarelawan Telecenter Untuk Membandarkan Desa Melalui Reruang Siber

Authors

  • Jalaluddin Abdul Malek
  • Mohamad Fauzi Sukimi
  • Norizan Abdul Razak
  • Mohd Asruladlyi Ibrahim

Keywords:

Sukarelawan, telecenter desa, permuafakatan pintar, jurang digital, MID

Abstract

Sukarelawan telecenter jarang sekali dibicara dalam memberi sumbangan kepada pembangunan telecenter. Telecenter merupakan program khusus bagi `membandarkan desa melalui reruang siber’ yang bermula di bawah pembangunan luar bandar era Dasar Wawasan Pembangunan (2001-2010) dan Model Ekonomi Baru (2011- 2015). Membandarkan desa melalui reruang siber bermaksud kemudahan telecenter yang dibangunkan secara langsung memberi kemudahan komunikasi, teknologi internet dan pembelajaran atas talian kepada penduduk desa. Tujuannya ialah untuk merapatkan jurang digital antara desa dan bandar serta membuka luas peluang digital. Kebanyakan pembangunan telecenter di Malaysia lebih bersifat pembangunan dari atas ke bawah (top-down) iaitu projek bantuan penuh dari pihak pemerintah. Pendekatan pembangunan telecenter ini tidak akan berjaya tanpa disokong oleh sukarelawan yang memberi khidmat masyarakat untuk menjayakan agenda pembangunan telecenter. Pemuafakatan bijak (Intelligent Collaboration) di antara pihak kerajaan, swasta, NGO, pengurus telecenter dan penduduk kampung sangat penting untuk menjayakan pembangunan telecenter yang lestari. Hasil perbincangan ini memperlihatkan bagaimana sukarelawan iaitu pengurus telecenter boleh menjayakan program khidmat masyarakat untuk membandarkan desa melalui reruang siber berdasarkan kes Medan Info Desa (MID) atau Mini-RTC Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). 

Downloads

How to Cite

Abdul Malek, J., Sukimi, M. F., Abdul Razak, N., & Ibrahim, M. A. (2022). Sukarelawan Telecenter Untuk Membandarkan Desa Melalui Reruang Siber. Jurnal Personalia Pelajar, 18(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/161

Issue

Section

Full Research Article