Kesedaran Alam Sekitar Melalui Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS)

Authors

  • Noor Azizah Samsudin
  • Zanaton Ikhsan

Keywords:

Kajian aplikasi kendiri alam sekitar, refleksi, kesedaran, amalan

Abstract

Alam sekitar merupakan elemen penting dalam menentukan kesejahteraan dan kualiti hidup manusia sejagat. Perkembangan pesat tamadun manusia menyebabkan kebergantungan manusia kepada dunia sains dan teknologi semakin meningkat. Malangnya kepesatan ini menyebabkan manusia leka dalam menjalankan tanggungjawab memelihara alam sekitar. Kesan kepada aktiviti –aktiviti tersebut telah mula dirasai oleh generasi hari ini. Justeru itu, masyarakat mula sedar dan lebih peka kepada isu-isu alam sekitar. Namun kesedaran untuk sama-sama terlibat mengatasi masalah tersebut masih terlalu rendah. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan refleksi pelajar setelah melakukan Kajian Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS). Seramai 18 orang pelajar sarjana pendidikan kursus GGGR6223 (Alam sekitar dan kelastarian) telah melakukan KAKAS sepanjang satu semester. Setelah 14 minggu menjalankan aktiviti KAKAS, pelajar yang juga mempunyai latarbelakang sebagai pendidik di sekolah ataupun kolej melakukan refleksi kendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. Maklumat diambil daripada hasil refleksi pelajar dan dianalisis secara analisis konstan bagi membentuk tema. Dapatan aktiviti KAKAS menunjukkan perubahan yang positif dari segi kesedaran. Beberapa tema telah dibentuk iaitu kesedaran, kepekaan, penambahan ilmu pengetahuan, amalan dan kesedaran menyebarkan maklumat. Model AF2R telah dibina hasil daripada tema yang dibentuk untuk meggambarkan perubahan tingkah laku pro alam sekitar. Kesimpulannya, pendidikan melalui amalan oleh pelajar sendiri dapat memberi impak yang tinggi terhadap kesedaran untuk sama-sama memberi sumbangan kepada kelastarian alam sekitar. 

Downloads

How to Cite

Samsudin, N. A., & Ikhsan, Z. (2022). Kesedaran Alam Sekitar Melalui Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS). Jurnal Personalia Pelajar, 18(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/162

Issue

Section

Full Research Article