Kesedaran Kitar Semula Sisa Minyak Masak dalam Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Sains Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Satinah Awang
  • Ria Arianti Zamri
  • Noor Hidayah Ibrahim
  • Sairah Syarifuddin
  • Zanaton Iksan
  • Tearuselvi Rengasamy

Keywords:

Pelaksanaan, kitar semula, minyak masak, kelestarian dan pelupusan

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan dan kesedaran kitar semula sisa minyak masak dalam kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Sains Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahap pelaksanaan dan kesedaran kitar semula sisa minyak masak diukur berdasarkan empat aspek iaitu pengetahuan mengenai kitar semula sisa minyak masak, cara pelupusan sisa minyak masak, budaya pengumpulan sisa minyak masak dan kesedaran menjaga alam sekitar. Kajian ini telah dijalankan bagi mencapai objektif meningkatkan tahap perlaksanaan dan kesedaran terhadap kitar semula sisa minyak masak dalam kalangan pelajar sarjana yang kebanyakannya merupakan guru sekolah. Kajian ini melibatkan 34 responden iaitu pelajar Sarjana Pendidikan Sains. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan data diperoleh berdasarkan temubual dan pengumpulan minyak masak selama 10 minggu. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan mengenai kitar semula sisa minyak masak dalam kalangan responden meningkat kepada 91% (mewakili 31 orang) selepas menghadiri kursus Alam Sekitar dan Kelestarian berbanding hanya 38% sahaja (mewakili tiga orang) sebelum menghadiri kursus Alam Sekitar dan Kelestarian. Kebanyakan responden mengetahui kewujudan kitar semula sisa minyak masak semasa mengikuti kursus Alam Sekitar dan Kelestarian. Responden yang mengetahui tentang kewujudan kitar semula sisa minyak masak rata-ratanya mendapat informasi tersebut daripada internet dan kempen di universiti masing-masing. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden melupuskan sisa minyak masak dengan membuang sisa tersebut ke dalam longkang, sinki, tanah dan tong sampah dan hanya 9% responden sahaja yang menghantar sisa minyak masak ke pusat kitar semula. 

Downloads

How to Cite

Awang, S., Zamri, R. A., Ibrahim, N. H., Syarifuddin, S., Iksan, Z., & Rengasamy, T. (2022). Kesedaran Kitar Semula Sisa Minyak Masak dalam Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Sains Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 18(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/164

Issue

Section

Full Research Article