Sukarelawan Alam Sekitar: Penerimaan dan Kefahaman Pelajar

Authors

  • Shahrom Md. Zain
  • Muhammad Imran Mohd Junaidi
  • Noor Ezlin Ahmad Basri

Keywords:

Pendidikan alam sekitar, sukarelawan, ekorelawan, FKAB

Abstract

Pendidikan alam sekitar melalui aktiviti sukarelawan bertujuan untuk menggalakkan kebaikan dan meningkatkan kualiti hidup manusia selain pelajar mudah memahami subjek yang dipelajari. Pelajar sukar untuk menerima proses pembelajaran jika dilakukan secara paksaan walaupun diberikan kredit dalam bentuk markah. Kajian ini penting untuk menentukan penerimaan pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) terhadap aktiviti pemeliharaan alam sekitar yang dijalankan secara sukarela dan kesediaan mereka untuk menyertai aktiviti sukarelawan alam sekitar (ekorelawan) pada masa akan datang. Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik. Responden yang terlibat adalah seramai 108orang pelajar FKAB dari 9 program pengajian kejuruteraan peringkat prasiswazah dan majoriti pelajar ini adalah daripada tahun 1 pengajian (64.80%). Kaji selidik ini merangkumi kefahaman pelajar tentang aktiviti sukarelawan, kepentingan sukarelawan terhadap aktiviti pemuliharaan alam sekitar dan kesediaan pelajar menyertai aktiviti sukarelawan alam sekitar. Hasil kajian mendapati keprihatinan pelajar terhadap penjagaan alam sekitar adalah tinggi dengan peratusan setuju (S) dan sangat setuju (SS) ialah 91.23 % manakala 85.97 % (S dan SS) pelajar sanggup melakukan aktiviti sukarela tanpa meminta apa-apa ganjaran. Sebanyak 68.5 % pelajar pernah menyertai aktiviti sukarelawan dan mereka memahami peranan sebagai seorang sukarelawan. Kesediaan dan kefahaman pelajar dalam aktiviti sukarelawan mampu menarik minat pelajar walaupun tanpa diberikan ganjaran markah atau upah. Oleh yang demikian, aktiviti sukarelawan terutamanya berkaitan penjagaan alam sekitar perlu diberi pendedahan yang luas kepada pelajar. 

Downloads

How to Cite

Md. Zain, S., Mohd Junaidi, M. I., & Ahmad Basri, N. E. (2022). Sukarelawan Alam Sekitar: Penerimaan dan Kefahaman Pelajar. Jurnal Personalia Pelajar, 18(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/165

Issue

Section

Full Research Article