Pemupukan Minat Terhadap Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Authors

  • Mohd Eezan Hamdzah
  • Shahlan Surat

Keywords:

Minat, Tulisan Jawi

Abstract

Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan tulisan Jawi seringkali menjadi hangat dalam media sosial. Pelbagai isu yang dibangkitkan melibatkan ketidaksetujuan silibus pelajaran Jawi di ajar dalam subjek Bahasa Melayu. Dikotomi yang wujud bukan hanya di kalangan masyarakat bukan Melayu malah segelintir masyarakat Melayu. Pada jangkaan mereka penguasaan Jawi seolah tidak relevan pada masa kini disebabkan arus peredaran zaman yang lebih kepada penggunaan tulisan rumi sebagai norma biasa. Sikap yang meremehkan seni warisan Jawi ini hanya bakal memalapkan khazanah yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang disebabkan kurang rasa kepentingan terhadap tulisan Jawi. Justeru, artikel konseptual ini membincangkan sejarah tulisan Jawi yang membawa kepada usaha yang perlu dilaksanakan untuk mengekalkan seni warisan ini. Selain itu, artikel ini juga membincangkan cabaran yang dihadapi dalam usaha pemeliharaan tulisan Jawi termasuk mencetus idea untuk pelajar minat kepada Jawi dengan rangsangan positif dari penglibatan ibu bapa ke arah usaha membentuk bangsa celik Jawi.

Downloads

How to Cite

Hamdzah, M. E., & Surat, S. (2022). Pemupukan Minat Terhadap Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/188

Issue

Section

Full Research Article