Analisis Keberkesanan Kaedah Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Pelajar Pintar dan Berbakat

Authors

  • Che Suriani Kiflee
  • Siti Aishah Hassan
  • Noorlin Maaluot
  • Rorlinda Yusof
  • Fariza Khalid

Keywords:

kaedah multimedia, pelajar pintar berbakat

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar pintar dan berbakat (PB). Di samping itu juga kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi penggunaan multimedia serta hubungan antara persepsi dan juga keberkesanan penggunaan multimedia terhadap pelajar pintar. Sampel kajian ini terdiri daripada 80 orang pelajar PB yang sedang mengikuti pembelajaran di Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM Bangi. Pengumpulan data dilakukan menggunakan set soal selidik yang merangkumi pelbagai item mengenai penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Data terkumpul telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif serta Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa persepsi terhadap penggunaan multimedia serta keberkesanan penggunaan multimedia dalam pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, terdapat juga hubungan yang signifikan antara persepsi dan keberkesanan penggunaan multimedia. Ini menunjukkan bahawa persepsi yang baik mempengaruhi keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar pintar. 

Downloads

How to Cite

Kiflee, C. S., Hassan, S. A., Maaluot, N., Yusof, R., & Khalid, F. (2022). Analisis Keberkesanan Kaedah Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Pelajar Pintar dan Berbakat. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/191

Issue

Section

Full Research Article