Pengesahan Instrumen Persepsi Graduan Terhadap Penguasaan Kemahiran Insaniah Kendiri

Authors

  • Arina Anis Azlan
  • Ong Ai Ling
  • Chang Peng Kee

Keywords:

persepsi, graduan, kemahiran insaniah, EFA, institusi pengajian tinggi

Abstract

Kemahiran insaniah memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk dan menyediakan seseorang graduan menempuh alam pekerjaan. Kebolehpasaran graduan selepas menamatkan pengajian kini bukan hanya bergantung kepada pencapaian akademik malah kemahiran insaniah turut bertindak sebagai pelengkap kepada kebolehdapatan kerja. Kajian ini bertujuan untuk memahami persepsi graduan terhadap isu penguasaan kemahiran insaniah kendiri dari segi pengesahan instrumen yang dibina selaras dengan matlamat berikut. Seramai 155 orang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2017 mengambil bahagian dalam menjawab soal selidik yang diedarkan. Kaedah analisis faktor penerokaan (EFA) telah dilaksanakan untuk menguji pemboleh ubah atau item yang berkaitan dengan persepsi graduan terhadap isu penguasaan kemahiran insaniah kendiri dengan bantuan perisian IBM-SPSS versi 21. Hasil dapatan EFA menunjukkan nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) adalah 0.945 dan ujian Bartlett adalah signifikan (.000). Analisis EFA pula telah menyingkirkan item-item yang tidak mencapai syarat dan mengekstrak tiga komponen baru yang mewakili kesemua pemboleh ubah. Nilai alfa Cronbach bagi ketiga-tiga komponen yang terbentuk adalah masing-masing 0.943, 0.931 dan 0.958 di mana nilai yang diperoleh berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, komponen-komponen ini adalah sesuai untuk digunakan pada peringkat analisis lanjutan seperti CFA dan SEM. Kemahiran-kemahiran insaniah yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi perlu diubahsuai mengikut peredaran zaman agar graduan berupaya mengaplikasikan kemahiran tersebut di alam pekerjaan. 

Downloads

How to Cite

Azlan, A. A., Ai Ling, O., & Peng Kee, C. (2022). Pengesahan Instrumen Persepsi Graduan Terhadap Penguasaan Kemahiran Insaniah Kendiri. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/192

Issue

Section

Full Research Article