Menganjak ke Satu Pengurusan Sisa Pepejal Secara Lestari di Kampus UKM Bangi, Selangor: Pertimbangan Awal

Authors

  • Ahmad Khairul Safuan Baharudin
  • Sarah Aziz

Keywords:

kampus lestari, pembangunan lestari, pengurusan sisa kampus

Abstract

Pada peringkat global dan negara, usaha untuk mengurangkan sisa pepejal yang dijana semakin giat dijalankan. Universiti Kebangsaan Malaysia turut melancarkan pelbagai inisiatif kelestarian untuk memastikan UKM menjadi sebuah universiti yang lestari menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu, kertas ini membincangkan aspek kelestarian dalam pengurusan sisa pepejal dan perkaitannya dengan sistem pengurusan pepejal di UKM dengan merujuk dokumen-dokumen seperti Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara 2016, SDG 2030 dan Pelan Induk Pembangunan UKM Kampus Bangi 2007- 2020. Hasil kajian mendapati UKM melaksanakan pengurusan sisa pepejal yang lestari di samping mengadakan pelbagai inisiatif kelestarian untuk pengurusan sisa pepejal. Walaupun UKM telah melancarkan pelbagai inisiatif kelestarian, terdapat juga beberapa isu yang timbul seperti kurang keinginan dalam kalangan pelajar dan kakitangan untuk mengamalkan aspek kelestarian dalam kehidupan seharian menyebabkan inisiatif-inisiatif tersebut mendapat sambutan yang kurang menggalakkan. Oleh hal yang demikian, usaha seperti memberi pemahaman holistik tentang konsep kelestarian kepada komuniti UKM, mengkaji prosedur pengurusan sisa yang dijana, menjalankan pemantauan yang ketat dan mengadakan kempen secara berterusan dicadangkan untuk membantu menerapkan konsep kelestarian pada peringkat universiti. 

Downloads

How to Cite

Baharudin, A. K. S., & Aziz, S. (2022). Menganjak ke Satu Pengurusan Sisa Pepejal Secara Lestari di Kampus UKM Bangi, Selangor: Pertimbangan Awal. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/194

Issue

Section

Full Research Article