Program ‘Gap Year’ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA): Pengalaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Authors

  • Abu Yazid Abu Bakar
  • Othman A. Karim

Keywords:

‘Gap Year’, IPTA, mahasiswa, UKM

Abstract

Inisiatif program ‘Gap Year’ yang digerakkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mulai September 2017, dirancang diteruskan selepas penilaian semula dibuat terhadap aspek-aspek pelaksanaannya secara teliti menjelang penghujung tahun 2020. Natijahnya, selepas implimentasi program selama tiga tahun, keterlibatan semua 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di dalam setiap komponen program ini dinilai masih berada pada tahap sederhana dan rendah. Kajian keberkesanan yang telah dijalankan pihak KPT dan dibentang baru-baru ini kepada pihak pengurusan semua IPTA telah mendedahkan beberapa klasifikasi maklumat yang perlu diberi perhatian serius sebagai asas untuk menambah baik pelaksanaan program ini. Namun begitu, program yang dilancarkan khusus untuk memberi manfaat kepada golongan mahasiswa IPTA yang memerlukan ini, kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Artikel ini mengupas kerangka konsep pelaksanaan program, menganalisis data kajian keberkesanan yang dijalankan KPT, serta membincangkan hala tuju pelaksanaan program ini secara spesifik di UKM. Penulisan artikel ini disasar untuk berkongsi maklumat berkaitan program ‘Gap Year’ ini kepada seluruh warga mahasiswa UKM, dan semua Pusat Tanggungjawab (PTj) universiti yang berpotensi mengambil bahagian secara meluas dalam program ini pada masa hadapan. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Abu Bakar, A. Y., & A. Karim, O. (2022). Program ‘Gap Year’ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA): Pengalaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jurnal Personalia Pelajar, 24(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/196

Issue

Section

Full Research Article