Reka Bentuk dan Pembangunan Modul STEM Kembara Sains: Chem-E-Car

Authors

  • Masli Irwan Rosli
  • Darman Nordin
  • Mohd Shahbudin Mastar @ Masdar
  • Noorhisham Tan Kofli
  • Norliza Abd Rahman
  • Nur Hidayatul Nazirah Kamarudin
  • Siti Nurul Hunadia Husin
  • Siti Rozaimah Sheikh Abdullah
  • Wan Nor Roslam Wan Isahak

Keywords:

STEM, Chem-E-Car, Pendidikan Kejuruteraan

Abstract

Kemerosotan bilangan pelajar sekolah yang berminat untuk menceburi aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dilihat sebagai satu masalah yang perlu diatasi dalam kadar segera bagi memastikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju berjaya. Dengan itu, kajian ini ingin melihat tahap sambutan yang diberikan oleh pelajar sekolah menengah dengan aktiviti modul STEM Kembara Sains: Chem-E-Car (KEMia) bagi menarik minat pelajar terhadap aliran STEM. Modul STEM KEMia ini diasaskan daripada aktiviti kokurikulum mahasiswa dalam Program Kejuruteraan Kimia iaitu pertandingan Chem-E-Car. Modul STEM KEMia ini menggunakan konsep pertandingan yang memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk membangunkan sebuah model kereta yang digerakkan hasil tindak balas kimia. Modul STEM KEMia ini dilihat mampu menguji kemampuan dan daya kreativiti pelajar bersama mahasiswa Kejuruteraan Kimia yang menjadi fasilitator untuk menarik minat mereka kepada STEM. Modul ini juga berkonsepkan pembelajaran secara CDIO (Conceive, Design, Implement and Operate - Memikirkan, Mereka Bentuk, Melaksana dan Mengendalikan) dan pembentukan kemahiran insaniah di kalangan pelajar dan juga fasilitator. Kajian soal-selidik juga dijalankan untuk mendapatkan maklum balas pelajar terhadap program yang telah dilaksanakan. Secara keseluruhan, program ini memberi impak yang positif terhadap pelajar di sekolah seluruh Malaysia dengan sebanyak enam aktiviti program KEMia telah berjaya dijalankan di peringkat sekolah dan kajian maklum balas mendapati sekitar 86% pelajar mendapati program ini menarik. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Rosli, M. I., Nordin, D., Mastar @ Masdar, M. S., Tan Kofli, N., Abd Rahman, N., Kamarudin, N. H. N., Husin, S. N. H., Sheikh Abdullah, S. R., & Wan Isahak, W. N. R. (2022). Reka Bentuk dan Pembangunan Modul STEM Kembara Sains: Chem-E-Car. Jurnal Personalia Pelajar, 24(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/198

Issue

Section

Full Research Article