Faktor-faktor Keterlibatan Pelajar Universiti dalam Kerja Sambilan

Authors

  • Khairil Rasyidi Izazi
  • Ros Zam Zam Sapian

Keywords:

kerja sambilan, pelajar, universiti, kemahiran insaniah, sumber kewangan, prospek kerja

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dengan kerja sambilan. Faktor-faktor yang dikaji adalah latar belakang keluarga, kemahiran insaniah, sumber kewangan dan prospek pekerjaan masa hadapan. Seramai 109 orang responden yang terdiri daripada pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang mengandungi 42 item. Berdasarkan kepada kaedah analisis regresi, didapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara faktor kemahiran insaniah dan sumber kewangan dengan keterlibatan pelajar bekerja sambilan. Prospek pekerjaan masa hadapan juga mempunyai impak yang positif dan signifikan dalam menentukan kecenderungan pelajar terlibat dalam kerja sambilan. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Izazi, K. R., & Sapian, R. Z. Z. (2022). Faktor-faktor Keterlibatan Pelajar Universiti dalam Kerja Sambilan. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/211

Issue

Section

Full Research Article