Keberkesanan dan Kesan Penggunaan Lampu LED Terhadap Penjimatan Tenaga dan Bil Elektrik di Blok K11A Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Authors

  • Muhammad Rahimi Yusop
  • Rapidah Mat Stafa
  • Najatulmuna Hamdan
  • Danny Hamidon Omar
  • Zulfadly Anuar Taip

Keywords:

Lampu LED, penjimatan kos, keselamatan, keselesaan, pencahayaan, pelajar

Abstract

Tenaga elektrik merupakan sumber pencahayaan yang utama dalam kehidupan manusia. Pencahayaan yang baik adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia untuk memberikan keselamatan, kesihatan dan keselesaan kepada pengguna di mana sahaja termasuklah ruang kerja, kawasan kediaman, jalan raya dan sebagainya. Justeru itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan lampu LED dan kesannya dalam penjimatan tenaga termasuk bil bulanan dan juga persepsi pelajar berkaitan keselamatan, keselesaan dan pencahayaan di blok asrama pelajar lelaki K11A, Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bermula pada Julai 2018, kesemua lampu kalimantang pendaflor di blok bangunan ini telah ditukarkan kepada lampu jenis Light Emitting Diode (LED) jenis T5 9W dan T5 18W masing-masing sebanyak 266 dan 294 unit. Kajian ini juga bertujuan untuk memperoleh maklum balas pengguna terhadap faktor pencahayaan lampu LED berbanding lampu kalimantang pendaflor. Data untuk kajian ini diperoleh daripada (1) bacaan meter penggunaan tenaga elektrik dan bil bulanan daripada Unit Pengurusan Tenaga Prasarana UKM bgai tahun 2017-2018; (2) data rekod penyelenggaran lampu sepanjang tahun 2017- 2018; dan (3) soal-selidik atas talian daripada para pelajar melibatkan 157 orang responden yang menghuni di blok tersebut. Pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik melalui Google Form secara atas talian, Facebook dan juga aplikasi Whats App. Melalui pemantauan yang dibuat selama 6 bulan bermula Julai – Disember 2018, tindakan ini telah berjaya menghasilkan penjimatan tenaga sebanyak 50,566.20 KilowattJam dan penjimatan pada bil sekitar RM15,169.86 (bersamaan 14.1%) berbanding enam bulan terakhir tahun 2017 bagi keseluruhan blok. Hasil soal selidik menunjukkan 49.7% daripada para responden bersetuju kualiti pencahayaan lampu adalah sangat memuaskan selepas penukaran lampu LED dijalankan. Kos penyelenggaraan juga dijangka dapat dikurangkan. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Yusop, M. R., Mat Stafa, R., Hamdan, N., Omar, D. H., & Taip, Z. A. (2022). Keberkesanan dan Kesan Penggunaan Lampu LED Terhadap Penjimatan Tenaga dan Bil Elektrik di Blok K11A Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/214

Issue

Section

Full Research Article