Faktor yang Mempengaruhi Penilaian Pelajar terhadap Prestasi Pengajaran Pensyarah

Authors

  • Maizatulakma Abdullah
  • Ainol Basirah Abdul Wahab
  • Noorsakinah Abdul Wahab
  • Muhammad Azim Ismail

Keywords:

penilaian pengajaran, prestasi pensyarah, pelajar, universiti

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kriteria atau faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menilai prestasi pengajaran pensyarah. Data kajian telah diambil menerusi kaedah temuduga kumpulan fokus dan soal selidik. Temuduga kumpulan fokus telah dilaksanakan dengan melibatkan 22 orang pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Soal selidik juga telah dilaksanakan di fakulti tersebut dengan sampel sebanyak 800 orang pelajar. Hasil kajian ini telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Kajian ini mendapati pelajar bersetuju mengenai kepentingan penilaian terhadap pensyarah supaya kualiti pengajaran pensyarah dapat ditingkatkan. Kajian ini juga membuktikan bahawa pelajar mengambilkira kelima-lima kriteria yang ditetapkan dalam sistem penilaian pengajaran pensyarah di UKM, iaitu (i) penguasaan bahan dan keyakinan dalam penyampaian, (ii) kaedah penyampaian yang jelas dan menarik, (iii) dedikasi dan komitmen semasa penyampaian kursus, (iv) menepati masa dan (v) memberi layanan sama rata kepada semua dan mesra pelajar. Selain daripada lima kriteria ini, pelajar juga mengambilkira faktor lain iaitu penyediaan bahan pengajaran yang lengkap oleh pensyarah serta sikap humor pensyarah di dalam kelas. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kriteria penilaian yang digunakan di UKM selari dengan faktor yang diambilkira oleh pelajar dan ianya sah dan boleh dipercayai. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Abdullah, M., Abdul Wahab, A. B., Abdul Wahab, N., & Ismail, M. A. (2022). Faktor yang Mempengaruhi Penilaian Pelajar terhadap Prestasi Pengajaran Pensyarah. Jurnal Personalia Pelajar, 21(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/228

Issue

Section

Full Research Article