Mengukur Tahap Ketahanan Diri Mahasiswa B40 Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Authors

  • Fauziah Ibrahim
  • Nazirah Hassan
  • Werdi Werdana Agus Salim

Keywords:

ketahanan diri, mahasiswa B40, universiti, FSSK

Abstract

Ketahanan diri merupakan aspek penting untuk melahirkan mahasiswa B40 yang bukan sahaja berilmu dan berakhlak mulia malah mampu menyesuaikan diri untuk berhadapan dengan tekanan dan melawan pengaruh yang menghalang kepada kemajuan diri. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa B40 yang sedang mengikuti pengajian di UKM. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survei) secara kuantitatif. Seramai 100 orang mahasiswa B40 yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif. Analisis deskriptif kajian menunjukkan bahawa majoriti mahasiswa B40 yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan tahap ketahanan diri yang tinggi (63 peratus) ke tahap yang sederhana (37 peratus). Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihak-pihak yang berkepentingan khasnya pihak pengurusan tertinggi universiti dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan untuk meneruskan lebih banyak program-program yang menyumbang kepada pemantapan dan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa B40. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Ibrahim, F., Hassan, N., & Agus Salim, W. W. (2022). Mengukur Tahap Ketahanan Diri Mahasiswa B40 Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 21(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/230

Issue

Section

Full Research Article