Pengambilan Suplemen Untuk Tujuan Penjagaan Kesihatan Dan Meningkatkan Prestasi Akademik Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Authors

  • Norshamliza Chamhuri
  • Nur Zalifah Amran
  • Norsyafiqah Alias
  • Nur Syahirah Che Lah

Keywords:

suplemen, makanan tambahan, pelajar, universiti

Abstract

Dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan perkembangan teknologi pada masa kini, penggunaan makanan tambahan atau suplemen menjadi semakin relevan dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar. Berdepan dengan jadual yang padat, yakni menghadiri kuliah dan menjalankan pelbagai aktiviti di dalam mahupun di luar kampus, pelajar universiti perlu berada dalam keadaan sihat dan cerdas sentiasa. Makanan tambahan atau suplemen dilihat dapat memberi manfaat kesihatan kepada pelajar, namun penggunaan makanan tambahan secara berlebihan mengundang pelbagai risiko. Maka dengan ini, satu kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti tujuan dan kesan pengambilan suplemen dalam kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 90 orang responden telah menjawab soal selidik yang telah dibangunkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mengambil suplemen bagi tujuan penjagaan kesihatan dan meningkatkan prestasi akademik mereka. Majoriti pelajar didapati memperoleh kesan positif dengan penggunaan suplemen. Dapatan kajian awal ini diharapkan dapat membantu dalam menyalurkan pengetahuan disamping memberikan maklumat mengenai penggunaan suplemen dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Chamhuri, N., Amran, N. Z., Alias, N., & Che Lah, N. S. (2022). Pengambilan Suplemen Untuk Tujuan Penjagaan Kesihatan Dan Meningkatkan Prestasi Akademik Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 21(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/231

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)