Kesedaran Pelajar Terhadap Risiko Bitcoin

Authors

  • Nurulain Atiqah Zain Azmi
  • Aisyah Abdul-Rahman

Keywords:

kesedaran, pelajar, risiko, Bitcoin

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesedaran pelajar terhadap risiko mata wang maya iaitu Bitcoin yang mula diperkenalkan oleh Nakamoto Satoshi pada 2008. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang dijalankan terhadap sejumlah 200 orang pelajar universiti daripada keseluruhan 8 buah fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Bangi. Seramai 25 orang pelajar daripada setiap fakulti telah terpilih secara rawak untuk menjawab satu soal selidik yang disediakan untuk mengumpul data. Hasil kajian mendapati bahawa para pelajar tidak menyedari secara menyeluruh tentang pelbagai jenis risiko yang terlibat apabila melabur dalam Bitcoin. Mereka sedar mengenai risiko ketidakstabilan harga Bitcoin, kes penipuan Bitcoin dan kebarangkalian kehilangan Bitcoin sekiranya e-wallet hilang. Para pelajar juga menyedari risiko Bitcoin boleh dikurangkan melalui penyimpanan dalam ‘cold wallet’ serta penggunaan ‘anti-virus’ bagi melindungi perisian daripada digodam. Namun begitu, mereka tidak sedar tentang risiko turun-naik harga Bitcoin dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran Bitcoin di pasaran yang mana boleh menyebabkan mereka mengalami kerugian. Di samping itu, mereka juga tidak menyedari bahawa ‘backup files’ boleh mengurangkan risiko pencerobohan terhadap akaun Bitcoin.  

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Zain Azmi, N. A., & Abdul-Rahman, A. (2022). Kesedaran Pelajar Terhadap Risiko Bitcoin. Jurnal Personalia Pelajar, 21(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/235

Issue

Section

Full Research Article