Pengetahuan dan Persepsi Mengenai Baby hatch Dalam Kalangan Pelajar Profesion Menolong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Authors

  • Nur Syaza Hanin Abdul Rahman
  • Nor Jana Saim
  • Norulhuda Sarnon@Kusenin
  • Ezarina Zakaria

Keywords:

Baby hatch, Pengetahuan, Persepsi, Profesion Menolong & Malaysia

Abstract

Kajian dijalankan bagi mengetahui pengetahuan dan persepsi pelajar profesion menolong di Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap pusat khidmat perlindungan bayi (baby hatch). Populasi kajian ini adalah lebih kurang 560 orang yang terdiri daripada pelajar prasiswazah dan siswazah di UKM dalam bidang psikologi, kaunseling dan kerja sosial. Seramai 294 responden kajian telah dipilih secara pensampelan bertujuan. Data dikutip menggunakan menggunakan satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian; demografi, pengetahuan dan persepsi. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 23. Hasil kajian yang dijalankan mencatatkan nilai purata min bagi mengkaji pengetahuan profesion menolong mengenai baby hatch adalah 2.13. Ini menunjukkan bahawa sebahagian responden kurang pengetahuan tentang perkhidmatan baby hatch di Malaysia. Kajian juga mendapati hampir separuh responden bersetuju perkhidmatan baby hatch diadakan di Malaysia. Walau bagaimanapun, sebahagian besar responden tidak pasti adakah perkhidmatan baby hatch bersesuaian dengan budaya masyarakat dan kepercayaan agama di Malaysia. Hasil kajian ini diharap dapat menyediakan maklumat berguna kepada semua pihak, pelajar juga pihak universiti. 

Downloads

Published

02/10/2022

How to Cite

Abdul Rahman, N. S. H., Saim, N. J., Sarnon@Kusenin, N., & Zakaria, E. (2022). Pengetahuan dan Persepsi Mengenai Baby hatch Dalam Kalangan Pelajar Profesion Menolong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jurnal Personalia Pelajar, 21(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/244

Issue

Section

Full Research Article