Tahap Pengetahuan Mengenai Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) : Kajian Kes di UKM, Bangi

Authors

  • Intan Nurhaila Meor Safari
  • Norlija Kassim
  • Nur Falihin Iskandar
  • Mohamad Haazik Mohamed
  • Mohd Yusof Hj. Abdullah

Abstract

ABSTRAK

 

Memahami status pengetahuan umum tentang kesihatan mental adalah penting sebagai langkah awal untuk merangka program intervensi sosial seperti kempen komunikasi. Artikel ini membincangkan isu berkaitan dengan tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental di kalangan pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas sampel di Universiti Kebangsaan Malaysia. Subjek kajian dipilih secara rawak yang melibatkan 30 orang responden dalam kalangan pelajar IPTA UKM, Bangi. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental dalam kalangan pelajar adalah rendah apabila sebanyak 83.3% daripada keseluruhan responden mendapat min skor kurang daripada 80%. Hubungan antara faktor sosiodemografi dengan tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental adalah tidak signifikan kerana bagi ketiga-tiga item sosiodemografi yang dikaji mempunyai nilai p>0.05. Oleh itu, tidak terdapat hubungan antara faktor sosiodemografi (jantina, bangsa, agama) dengan tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental. Penemuan kajian ini memberi implikasi bahawa isu kesihatan mental perlu dikomunikasikan secara lebih meluas untuk memperkasakan pelajar dengan pengetahuan sebagai langkah untuk mengurangkan masalah kesihatan ini.

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi

 

ABSTRACT

 

The need to understand the status of knowledge on mental health issue among the public is important prior to the designing of any intervention programmes such as communication campaign.This article discusses the issue related to mental health among university students based on the study conducted among the students of Universiti Kebangsaan Malaysia. Subjects were chosen randomly involving 30 respondents among university students of UKM, Bangi. The study found the level of knowledge about mental health among university students is low, when 83.3% of the samples received mean scores of less than 80%. The relationship between sociodemographic factors and the level of knowledge of mental health is not significant because of the three investigated sociodemographic items have the values p > 0005. Therefore, there is no relationship between sociodemographic factors (gender, race, religion) and the level of knowledge about mental health. The findings of this study implied that there is a need to communicate the issue of mental health among the students through communication campaigns so as to empower them with knowledge in reducing this health related problem.

Keywords : mental health; knowledge; sociodemographic; communication campaign

Downloads

How to Cite

Meor Safari, I. N., Kassim, N., Iskandar, N. F., Mohamed, M. H., & Hj. Abdullah, M. Y. (2013). Tahap Pengetahuan Mengenai Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) : Kajian Kes di UKM, Bangi. Jurnal Personalia Pelajar, (14). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/25

Issue

Section

Full Research Article