Faktor Minat Guru Pelatih dalam Bidang Perguruan Pendidikan Teknik dan Vokasional

Authors

  • Ros Eliana Ahmad Zuki
  • Norhanan M.Fadzlillah

Keywords:

minat, guru pelatih, Pendidikan Teknik, Vokasional

Abstract

Minat memainkan peranan penting dalam menentukan tahap usaha dan pencapaian. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji faktor minat guru pelatih dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Reka bentuk kajian gabungan ini melibatkan 15 guru pelatih semester 6, di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI). Persampelan adalah secara kelompok bertujuan. Data kajian dipungut melalui temubual berstruktur dan dianalisis secara manual dan menggunakan perisian Atlas.ti7. Hasil analisis menunjukkan bahawa 8 responden (53.3%) menceburi bidang keguruan PTV kerana minat, 2 responden (13.3%) kerana terpaksa dan 5 responden (33.3%) kerana dipaksa. Namun begitu, setelah 6 semester mengikuti pengajian, 12 responden (80%) begitu yakin untuk berkhidmat sebagai guru PTV, 3 responden (20%) kurang yakin dan tiada guru pelatih yang tidak yakin untuk berkhidmat sebagai guru PTV. Dapatan kajian membuktikan proses latihan perguruan bidang PTV di IPG berpotensi meningkatkan keyakinan guru pelatih yang pada awalnya agak dingin dengan kerjaya guru PTV. Justeru itu, pihak yang terlibat dengan proses latihan perguruan bidang PTV di IPG perlu memastikan proses ini berlangsung mengikut perancangan yang telah distruktur dengan terkesan dan bermakna. Diharapkan kajian ini menjadi panduan kepada pihak pengurusan di Institut Pendidikan Guru Malaysia serta pensyarah JPTV di IPG tentang peri pentingnya proses latihan perguruan bidang PTV ke arah membentuk guru PTV berkualiti. 

Downloads

How to Cite

Ahmad Zuki, R. E., & M.Fadzlillah, N. (2022). Faktor Minat Guru Pelatih dalam Bidang Perguruan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Jurnal Personalia Pelajar, 20(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/258

Issue

Section

Full Research Article