Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Fizik dan Hubungannya dengan Pencapaian dalam Kalangan Pelajar Sains

Authors

  • Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir
  • Mohd Mustamam Abdul Karim
  • Nurulhuda Abd. Rahman

Keywords:

Pembelajaran fizik, sikap pelajar, novis, pakar.

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran fizik dan menentukan pengaruh sikap terhadap pencapaian fizik serta mengkaji perbezaan sikap terhadap pembelajaran dan pencapaian dalam kumpulan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Populasi kajian adalah pelajar Kolej Matrikulasi Selangor (N = 219). Soal selidik sikap terhadap pembelajaran fizik atau STPF yang mengandungi 16 item telah diedarkan kepada populasi kajian. Ujian statistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden terhadap pembelajaran fizik dan ujian regresi linear mudah digunakan bagi menentukan kesan sikap terhadap pencapaian fizik. Data kajian menunjukkan responden mempunyai sikap yang positif terhadap fizik, iaitu mirip profil pakar. Secara signifikan, kajian mendapati sikap dapat menjelaskan sebanyak 2.9 peratus terhadap varians pencapaian fizik. Ujian-t bebas juga menunjukkan terdapat perbezaan sikap antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan yang signifikan dan kecil. Namun tiada perbezaan dalam pencapaian fizik. Kajian ini mencadangkan supaya kurikulum sains dinilai semula supaya kelihatan lebih relevan, dinamik dan menarik. Kajian juga membuka ruang kepada penyelidik lain untuk meneroka faktor-faktor lain yang mungkin lebih mempengaruhi pencapaian fizik. 

Downloads

Published

02/11/2022

How to Cite

Abdul Kadir, M. N. B., Abdul Karim, M. M., & Abd. Rahman, N. (2022). Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Fizik dan Hubungannya dengan Pencapaian dalam Kalangan Pelajar Sains. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/264

Issue

Section

Full Research Article