Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Latihan Amali / Industri dalam Pengurusan Penempatan Latihan Industri bagi Pelajar Pusat Pengajian Fizik Gunaan

Authors

  • Muhammad Zul Azri Muhammad Jamil
  • Norinsan Kamil Othman
  • Irman Abdul Rahman
  • Faizal Mohamed
  • Zalita Zainuddin

Keywords:

Keberkesanan Sistem Latihan Amali / Industri, pelajar PPFG

Abstract

Latihan Amali/Industri telah dijalankan sejak sesi 1996/97 pada peringkat fakulti selaras dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin meningkatkan kepelbagaian dalam pengalaman pelajar. Untuk memudahkan pengurusan latihan amali / industri, UKM telah melaksanakan Sistem Latihan Amali / Industri (SLAI) sejak tahun 2011 yang merupakan satu komponen dalam portal Sistem Maklumat Universiti (SMU). Walau bagaimanapun, keberkesanan penggunaan SLAI di Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) belum pernah dikaji sejak dilaksanakan oleh pihak universiti. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan dan penambahbaikan pelaksanaan SLAI dalam pengurusan penempatan latihan industri pelajar PPFG. Soal selidik diberikan kepada 105 responden yang diberikan kepada pelajar PPFG yang telah terlibat dengan latihan industri. Hasil kajian menunjukkan 87.95% bersetuju bahawa sistem SLAI adalah mesra pengguna dan senang diakses dan 65% bersetuju supaya sistem ini terus digunakan bagi proses permohonan penempatan pelajar-pelajar untuk mejalani latihan industri pada masa akan datang. Ini dapat memberi kesan positif terhadap keyakinan dan keberkesanan SLAI yang dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat UKM. 

Downloads

Published

02/11/2022

How to Cite

Muhammad Jamil, M. Z. A., Othman, N. K., Abdul Rahman, I., Mohamed, F., & Zainuddin, Z. (2022). Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Latihan Amali / Industri dalam Pengurusan Penempatan Latihan Industri bagi Pelajar Pusat Pengajian Fizik Gunaan. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/265

Issue

Section

Full Research Article