Kepuasan Kerja Guru dan Perbezaannya Berdasarkan Pencapaian Sekolah

Authors

  • Nor Mohamad Zulhairi Ismail
  • Jamalul Lail Abdul Wahab
  • Ruzita Md Hassan

Keywords:

Kepuasan guru, pencapaian sekolah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenapasti tahap kepuasan kerja guru dan perbezaannya berdasarkan pencapaian sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 138 orang guru yang dipilih secara rawak mudah dari 12 buah sekolah kebangsaan Daerah Ledang, Johor. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi instrumen soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS dan menggunakan kaedah deskriptif seperti analisis min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus. Manakala Analisis statistik inferensi menggunakan ujian Anova sehala untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan kepuasan kerja guru berdasarkan tahap pencapaian sekolah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah daerah Ledang berada pada tahap tinggi dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja guru berdasarkan tahap pencapaian sekolah. Implikasinya, bagi pelaksana dasar dapat membantu mereka membentuk kerangka konseptual tentang keadaan sebenar sekolah sebelum mereka membuat pemantauan atau menilai sekolah-sekolah di negeri Johor. Terhadap guru-guru pula kajian ini boleh dijadikan panduan yang dapat memberi maklum balas terhadap mutu kerja dan amalan mereka untuk penambanbaikan pada masa akan datang. 

Downloads

Published

02/11/2022

How to Cite

Ismail, N. M. Z., Abdul Wahab, J. L., & Md Hassan, R. (2022). Kepuasan Kerja Guru dan Perbezaannya Berdasarkan Pencapaian Sekolah. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/266

Issue

Section

Full Research Article