Persepsi Mahasiswa Terhadap Urusan Pembelian Atas Talian

Authors

  • Zaleha Yazid
  • Che Aniza Che Wel
  • Nor Asiah Omar

Keywords:

pembelian atas talian, kepercayaan, risiko

Abstract

Pembelian atas talian semakin mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia khususnya mahasiswa. Berbanding pembelian secara konvensional yang memerlukan seseorang individu untuk hadir ke kedai bagi mendapatkan barangan, pembelian secara atas talian adalah lebih mudah dan menjimatkan masa kerana segala transaksi dilakukan secara maya. Kemudahan ini amat sesuai bagi golongan mahasiswa yang mempunyai kekangan masa untuk keluar membeli-belah selain sifat semulajadi mereka yang inginkan sesuatu yang cepat dan senang. Namun begitu terdapat juga risiko yang perlu diambilkira seperti barang yang diterima berbeza (saiz, warna dan kualiti) daripada yang diiklankan, barangan tidak sampai setelah pembayaran dibuat, barangan yang sampai telah rosak dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi aktiviti pembelian secara atas talian khususnya dikalangan mahasiswa. Kajian kualitatif menggunakan temubual separa berstruktur telah dijalankan terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hasil kajian mendapati bahawa faktor kepercayaan dan risiko telah dikenalpasti sebagai faktor utama dalam pembuatan keputusan golongan mahasiswa untuk melakukan pembelian secara atas talian. 

Downloads

Published

02/11/2022

How to Cite

Yazid, Z., Che Wel, C. A., & Omar, N. A. (2022). Persepsi Mahasiswa Terhadap Urusan Pembelian Atas Talian. Jurnal Personalia Pelajar, 19(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/274

Issue

Section

Full Research Article