Kriteria Pengambilan dan Pemilihan Graduan dari Perspektif Pengurusan Sumber Manusia

Authors

  • Zafir Mohd Makhbul
  • Ishak Yussof
  • Abd Hair Awang

Abstract

ABSTRAK

 

Pengambilan dan pemilihan sumber manusia oleh pihak pengurusan sumber manusia adalah amat mencabar kerana pemilihan sumber manusia berkualiti menyokong matlamat organisasi. Fungsi ini lebih ketara cabarannya apabila terdapat ramai calon yang berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan. Pelbagai kriteria ditetapkan oleh majikan dalam memastikan pekerja yang dipilih adalah yang terbaik dan bertepatan dengan sesuatu jawatan. Kajian terhadap kriteria yang ditetapkan oleh majikan masa kini adalah amat bersesuaian untuk dijadikan panduan berguna dalam menentukan kebolehpasaran graduan. Kaedah pengumpulan data kajian ini adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan menerusi pos kepada majikan sektor swasta yang diwakili oleh Pengurus Sumber Manusia atau Pengurus Atasan. Pengagihan soal selidik ini dilakukan dengan menggunakan kaedah pensampelan mudah (convenience sampling method). Sebanyak 534 responden telah memberikan maklumbalas daripada 2000 soal selidik yang telah diposkan. Penemuan kajian menunjukkan bahawa faktor keperibadian dan ketrampilan serta keyakinan diri graduan menjadi pilihan utama majikan. Keyakinan diri disusuli dengan kemahiran berkomunikasi yang berkesan merupakan satu kelebihan graduan menjadi pilihan utama majikan.

Kata kunci: pengambilan, pemilihan, kebolehpasaran, kemahiran insaniah, komunikasi


ABSTRACT

 

Human resource recruitment and selection is a challenging function as it would determine the employees’ quality that support organizations’ goals. The challenge faced by this function is very obvious as there are overwhelming applicants seek for very few vacancies. Thus, recruitment and selection strategy has to be changed especially for the selection criteria. Various criteria have been established by employers to ensure that selected candidate(s) is/ are the best and match the position(s). So, a study on selection criteria used by employers is just in time and could be used as a useful guideline to ascertain graduates employability. Data were collected via posted questionnaires which were distributed to top management teams or human resource managers of private sectors companies. Questionnaires were distributed using convenience sampling method. From 2,000 posted questionnaires, 534 were returned and analyzed. The finding reveals that employers give highest attention on graduates personality and appearance as well as their self-confidence before making decision to select them or not as employees. Confidence level followed by effective communication skills is an advantage that ensures graduates be the sought after potential.

Keywords: recruitment, selection, employability, soft skill, communication

Downloads

How to Cite

Mohd Makhbul, Z., Yussof, I., & Awang, A. H. (2013). Kriteria Pengambilan dan Pemilihan Graduan dari Perspektif Pengurusan Sumber Manusia. Jurnal Personalia Pelajar, (15). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/32

Issue

Section

Full Research Article