Sikap Keusahawanan dan Hasrat Keusahawanan: Satu Penilaian Instrumen dalam Mengkaji Kecenderungan Keusahawanan

Authors

  • Baharu Kemat Alhaj
  • Mohammed Zain Yusof

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan untuk menilai instrumen yang digunakan di dalam mengukur kecenderungan keusahawanan dengan menggunakan dua pendekatan iaitu sikap keusahawanan dan hasrat keusahawanan. Instrumen orientasi sikap keusahawanan yang dibangunkan oleh Robinson et al. (1991) digunakan untuk mengukur dimensi orientasi sikap keusahawanan, manakala untuk hasrat keusahawanan instrumen yang dibangunkan oleh Krueger et al. (2000) digunakan. Walaupun pendekatan sikap sebagai suatu pendekatan yang kurang stabil dalam mengkaji keusahawanan berbanding dengan pendekatan personaliti dan ‘trait’ kerana berlakunya perubahan masa dan keadaan menerusi proses yang saling bertindak terhadap persekitaran tetapi dengan menggunakan model sikap dalam mengkaji kecenderungan keusahawanan merupakan satu pendekatan baru. Pendekatan sikap merupakan pendekatan terbaik dalam menerangkan usahawan berbanding dengan pendekatan ciri-ciri personaliti atau demografi kerana ia melihat hubungkait di antara sikap dan gelagat. Instrumen sikap telah diuji kebolehpercayaan dan menunjukkan nilai yang konsisten. Instrumen ini mudah digunakan dan mudah difahami oleh renponden. Instrumen sikap mengandungi 75 soalan yang telah direkabentuk untuk mengukur empat faktor utama iaitu pencapaian (23 item), penghargaan diri (14 item), kawalan personal (12 item), inovasi (26 item) dengan skala likert di antara 1 hingga 10. Instrumen sikap telah diuji kepada 30 orang pelajar universiti sebagai ujian pertama dan ujian kedua dijalankan untuk melihat konsistensi koefisyen kebolehpercayaan. Dalam pendekatan untuk mengkaji hasrat keusahawanan penyelidik telah menggunakan instrumen yang diketengahkan oleh Krueger et al. (2000). Instrumen hasrat mengandungi 38 item yang terdiri daripada kecenderungan tingkahlaku proaktif (16 item), kemahuan tertanggap (5 item), kebolehan tertanggap (5 item), kengalaman lepas (5 item), dan hasrat keusahawanan (7 item). Hasil daripada ujian kebolehpercayaan didapati bahawa instrumen sikap keusahawanan lebih mantap dalam meramal sikap cenderung terhadap keusahawanan berbanding instrumen yang digunakan dalam mengkaji hasrat keusahawanan.

Kata kunci: Instrumen orientasi sikap keusahawanan; sikap keusahawanan; hasrat keusahawanan.

 

ABSTRACT

 

This study aimed to evaluate the instruments used in measuring entrepreneurial tendency using two approaches, namely entrepreneurship attitude and entrepreneurial intentions. Entrepreneurial attitude orientation instrument developed by Robinson et al. (1991) was used to measure the dimensions of entrepreneurial attitude orientation whereas the instrument developed by Krueger et al. (2000) was used in the study of entrepreneurial intention. Although the ‘attitude approach’ as an approach to the study of entrepreneurship is less stable than personality approach and ‘trait’ because of the change of time and circumstances through the process of interacting with the environment but the ‘attitude model’ is a new approach in the study of the entrepreneurial propensity . Attitude approach is the best approach in describing the entrepreneur as compared with the approach of personality traits or demographic because they look at the relationship between attitudes and behavior. The reliability of the attitude instrument was tested and showed a consistent value. The instrument is easy to use and easy to understand by the respondents. The Attitude instrument consists of 75 questions designed to measure the four main factors; achievement (23 items), self-esteem (14 items), personal control (12 items), and innovation (26 items) with a Likert scale between 1 to 10. The attitude instrument has been tested on 30 university students as the first test and the second test is performed to see the consistency reliability coefficient. In the approach to study the entrepreneurial intention researchers have used instruments proposed by Krueger et al. (2000). The instrument include 38 items that consists of the proactive behaviorial tendencies (16 items), perceived willingness (5 items), perceived ability (5 items), previous experience (5 items), and entrepreneurial intentions (7 items). As a result of the reliability test it was found that the entrepreneurial attitude instrument is stronger in predicting attitudes tendency towards entrepreneurship than the instruments used in the study of entrepreneurship intention.

Keywords: Entrepreneurial attitude orientation instrument; entrepreneural attitude entrepreneurial intentions.

Downloads

How to Cite

Kemat Alhaj, B., & Yusof, M. Z. (2013). Sikap Keusahawanan dan Hasrat Keusahawanan: Satu Penilaian Instrumen dalam Mengkaji Kecenderungan Keusahawanan. Jurnal Personalia Pelajar, (15). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/38

Issue

Section

Full Research Article