Pengaruh Faktor Psikososial ke Atas Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Belia Institusi Pengajian Tinggi Awam Terpilih di Malaysia

Authors

  • Rohana Tan
  • Norhasni Zainal Abiddin
  • Azimi Hamzah
  • Fathiyah Mohd Fakhruddin

Abstract

ABSTRAK


Belia adalah aset negara dan menjadi tunggak pembangunan masa depan negara. Walau bagaimanapun, dengan berlakunya pelbagai permasalahan sosial dalam kalangan belia di negara ini, usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 tentunya menjadi sukar. Kajian ini bertujuan menentukan sumbangan faktor psikososial melibatkan pendidikan keagamaan tidak formal bersama ibu bapa, pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya ke atas penghayatan akhlak Islam belia institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih di Malaysia. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan secara rawak berstarta melibatkan 403 sampel daripada kalangan pelajar prasiswazah berusia antara 19 hingga 25 tahun dan berada dalam tahun pertama pengajian di universiti. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 20. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara pendidikan keagamaan oleh ibu bapa (r=.45, p=.000), pertautan ibu bapa (r=.40, p=.000) dan pertautan rakan sebaya (r=.29, p=.000) dengan penghayatan akhlak Islam. Hasil analisis Regresi Berganda mendapati pendidikan keagamaan menyumbang sebanyak 20.0 peratus terhadap penghayatan akhlak Islam, pertautan ibu bapa menyumbang sebanyak 4.3 peratus kepada penghayatan akhlak Islam, manakala pertautan rakan sebaya hanya menyumbang sebanyak 1.6 peratus kepada penghayatan akhlak Islam. Penemuan kajian ini diharap memberi input kepada agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan belia supaya mengambil kira faktor psikososial dalam program pembangunan belia.
Kata kunci: belia, pendidikan keagamaan, pertautan ibu bapa, pertautan rakan sebaya, nilai akhlak Islam


ABSTRACT


Youth is our greatest asset and pillar for the country. In line with that, this research focus on the influence of psychosocial factors involving religious education, parental attachment and peer attachment towards islamic moral value among university youth. The sample consisted of 403 university youth which were selected through the stratified random sampling method. The quantitative data were analyzed by SPSS version 20 using inferencial Pearson’s Correlation analysis and Multiple Regression analysis. The findings indicated that significant relationship of religious education (r=.45, p=.000), parental attachment (r=.40,p=.000) and peer attachment (r=.29, p=.000) towards islamic moral value among university youth. The findings also indicated that significant contribution of religious education (20.0 %), parental attachment (4.3 %) and peer attachment (1.6 %) towards islamic moral value. Consequently, findings of the study will provide recommendation to all relevant agencies that need to integrate these psychosocial factors to the positive youth development programme in Malaysia.
Keywords: youth, religious education, parent attachment, peer attachment, islamic moral value

Downloads

How to Cite

Tan, R., Zainal Abiddin, N., Hamzah, A., & Mohd Fakhruddin, F. (2014). Pengaruh Faktor Psikososial ke Atas Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Belia Institusi Pengajian Tinggi Awam Terpilih di Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, (16). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/45

Issue

Section

Full Research Article