Persepsi Pelajar Prasiswazah Terhadap Kebolehpasaran Graduan dan Persaingan dalam Pasaran Pekerjaan

Authors

  • Nooriah Yusof
  • Zakiyah Jamaluddin
  • Norain Mat Lazim

Abstract

ABSTRAK


Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah bukanlah merupakan satu isu yang baru. Isu ini telah menarik minat banyak penyelidik untuk meneliti dan mengenalpasti punca sebenar yang membawa kepada masalah pengangguran siswazah di negara ini. Sebahagian besar daripada kajian merujuk kepada kurangnya kelebihan dari segi kebolehpasaran dan kebolehkerjaan yang dimiliki oleh graduan sebagai faktor penting dalam menjelaskan masalah pengangguran ini. Rata-rata kajian mendapati wujudnya ketidakselarasan di antara kualiti graduan dengan keperluan pasaran buruh khususnya dari segi kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh siswazah di negara ini. Peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah semakin mendapat perhatian khususnya di negara membangun termasuk Malaysia kerana masalah ini boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan peralihan ke arah ekonomi berasaskan berpengetahuan. Rentetan daripada masalah sumber buruh pada awal tahun 1992 telah membuka lembaran baru dalam polisi pembangunan sumber manusia di negara ini. Bermula dengan pengurangan tempoh pengajian daripada empat tahun kepada tiga tahun bagi mempercepatkan pengeluaran tenaga kerja sehinggalah kepada peningkatan besar dalam bilangan institusi pengajian tinggi serta liberalisasi dalam sektor pendidikan yang membenarkan kemasukan cawangan asing universiti luar negara, telah memberi impak yang besar terhadap pasaran buruh siswazah. Objektif utama artikel ini adalah untuk meneliti persepsi pelajar prasiswazah terhadap isu kebolehpasaran gradúan dan persaingan yang wujud dalam pasaran pekerjaan. Perbincangan adalah berdasarkan kepada hasil penyelidikan yang melibatkan beberapa universiti terpilih di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Seramai 724 responden daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terlibat dalam kajian ini. Fokus perbincangan adalah untuk meneliti pandangan pelajar terhadap faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap kebolehpasaran dan kelebihan daya saing meraka dalam pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.
Kata kunci: pasaran buruh siswazah, kebolehpasaran, persaingan pekerjaan, pelajar prasiswazah


ABSTRACT


The unemployment problem among graduates is not a new issue. This issue has attracted the interest of many researchers to examine and identify the real causes that led to the unemployment problems of graduates in the country. Most of the study refers to the lack of advantage in terms of marketability and employability that possessed by graduate as important factor in explaining unemployment problem. Generally, studies have shown that there is mismatch between the quality of graduates with the needs of the labour market, especially in terms of skills and knowledge of graduates in the country. Rising of unemployment among graduates is gaining attention, especially in developing countries, including Malaysia, as this problem may affect the economic growth and the transition towards a knowledge-based economy. As a result of labour resources problems in early 1992 has led to major changes in the policy on human resources development in the country. Beginning with the reduction of the period of study from four years to three years to accelerating the production of workforce to the surge in the number of institutions of higher learning as well as the liberalization of the education sector which allows the entry of foreign branches of foreign universities, have a large impact on the labour market of graduates. The main objective of this article is to examine the perception of undergraduate students on employability and competition that exists in the job market. The discussion is based on the results of research involving some selected university in the northern region of Peninsular Malaysia. A total of 723 respondents from Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) and Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) involved in this study. The focus of the discussion is to examine undergraduates’ student perception of the factors which can influence the level of their marketability and competitive advantage in the job market when they graduate.
Keywords: graduate labour market, marketability, job competition, undergraduate students

Downloads

How to Cite

Yusof, N., Jamaluddin, Z., & Mat Lazim, N. (2014). Persepsi Pelajar Prasiswazah Terhadap Kebolehpasaran Graduan dan Persaingan dalam Pasaran Pekerjaan. Jurnal Personalia Pelajar, (16). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/48

Issue

Section

Full Research Article