Strategi Menangani Ketagihan Penggunaan Facebook dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes

Authors

  • Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
  • Irna Abd Latif
  • Wan Rosni Wan Mamat
  • Siti Noratikah Abd Razak
  • Juwita Sayang Abd Rahim

Abstract

ABSTRAK


Kajian kualitatif ini bertujuan mengkaji dan mengenalpasti faktor, kesan dan strategi menangani ketagihan penggunaan facebook dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Responden kajian ialah kajian kes terhadap 12 pelajar sekolah menengah harian di negeri Perak yang dikenalpasti mengalami ketagihan dalam penggunaan facebook melalui pengakuan semasa peringkat awal temubual. Dapatan kajian mendapati faktor- faktor ketagihan penggunaan facebook terdiri daripada pelbagai aspek dalaman dan luaran diri pelajar. Kesan ketagihan penggunaan facebook pula keseluruhannya mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada pelajar. Seterusnya, dapatan kajian juga mengemukakan beberapa strategi bagi diaplikasi oleh pelajar sendiri dan cadangan kepada pihak tertentu dalam menangani permasalahan ketagihan penggunaan facebook dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Kata kunci: gejala penggunaan facebook, kekerapan penggunaan, masalah pelajar, sikap ibu bapa.


ABSTRACT


This qualitative study aimed to review and identify the factors, effects and coping strategies of addiction in facebook use among secondary school students. Respondents of the study is a case study of 12 secondary school students in the state who suffer from addiction identified in the use of facebook through confession during the early stages of the interview. Results showed that the use of addictive factors facebook consists of various internal and external aspects of the students. Addictive effects are entirely use facebook cause negative impacts to students. Further, this study also presents some of strategies to be applied by the students themselves and to the specific recommendations in dealing with addiction problems in the use of facebook among students.
Keyword: symptoms of using facebook, usage frequency, students’ problem, parents’ attitude

Downloads

How to Cite

Mohamed Arip, M. A. S., Abd Latif, I., Wan Mamat, W. R., Abd Razak, S. N., & Abd Rahim, J. S. (2014). Strategi Menangani Ketagihan Penggunaan Facebook dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. Jurnal Personalia Pelajar, (16). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/49

Issue

Section

Full Research Article