Ciri-Ciri Keusahawanan dalam Kalangan Guru Pelatih

Authors

  • Shamsiah Md Nasir
  • Nor’ Azah Ahmad Safran

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT). Sejumlah 306 orang guru pelatih terlibat dalam kajian ini .Analisis data menunjukkan tahap ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih perempuan adalah tinggi berbanding guru pelatih lelaki, manakala tahap ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih program KPLI adalah tinggi berbanding guru pelatih program PISMP. Dapatan kajian juga menunjukkan guru pelatih pengkhususan Sains mempunyai tahap ciri keusahawanan yang tinggi. Namun responden yang dikaji didapati kurang yakin untuk mengambil risiko dan kurang lokus kawalan dalaman.Tahap ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dalam setiap guru adalah penting bagi memenuhi kehendak pelanggan (ibubapa dan masyarakat) dalam menghasilkan produk (murid) yang dihasrat oleh FPK.  Mereka akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta dapat merangsang pembelajaran murid. 

 

Kata kunci: ciri-ciri keusahawanan, guru pelatih, kreatif, inovatif.

 

 

ABSTRACT

 

The purpose of this study is to identify the entrepreneurial traits among student teachers of Institut Pendidikan Guru Kampus PendidikanTeknik (IPGKPT).  A total of 306 respondents were involved in this study.An analysis of data shows that the level of entrepreneurial traits among female student teachers were higher compared to their male counterparts, whereas student teachers of KPLI programme had higher level of entrepreneurial traits compared to student teachers of PISMP programme.The findings also indicate that science student teachers possessed higher entrepreneurial traits.Respondents under study, however, portrayed low-confidence in risk taking as well as low internal locus of control.Possessing high level of entrepreneurial traits is important in every teacher in order to fulfil clients’ needs (parents and society) and to produce the desired product (students) of FPK (National Education Philosophy). They will be more creative and innovative, and able to stimulate students’ learning.

 

Keywords: entrepreneurial traits, student teachers, creative, innovative.

Downloads

Published

05/27/2015

How to Cite

Md Nasir, S., & Ahmad Safran, N. A. (2015). Ciri-Ciri Keusahawanan dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Personalia Pelajar, (17). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/55

Issue

Section

Full Research Article