Pemupukan Kemahiran Insaniah Melalui Kursus Bina Insan Guru dalam Kalangan Siswa Guru Institut Pendidikan Guru

Authors

  • Norhiza Mohd Salleh
  • Faridah Nazir
  • Farah Mukhtar

Abstract

ABSTRAK

 

Kertas konsep ini membincangkan strategi pemupukan pelbagai kemahiran insaniah melalui program Bina Insan Guru (BIG) di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menjadi medium untuk melahirkan seorang bakal guru yang benar-benar komited, cemerlang dan serba boleh apabila berkhidmat sebagai guru kelak. Siswa guru kesemua opsyen di IPG perlu mengikuti program BIG berdasarkan semester tertentu untuk enam tahap. Program BIG melibatkan ativiti perkhemahan, keyakinan diri ketika melakukan aktiviti air, keyakinan diri dalam melakukan aktiviti kembara, membina jaringan hubungan sosial yang baik serta penerapan nilai-nilai murni menerusi aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Antara lain, kemahiran insaniah yang dipupuk melalui program BIG ini ialah cergas dan patriotik dalam fasa pertama, akauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif dalam fasa kedua, etiket sosial, protokol, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, etika berpakaian dalam fasa ketiga, kemahiran berfikir aras tinggi ketika membuat perancangan dan pengendalian dalam fasa keempat, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur dan infostruktur kurikulum di sekolah dalam fasa kelima dan meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan dalam fasa keenam. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif dengan kaedah pengumpulan data dilakukan secara analisis kandungan dan permerhatian ikut serta. Pengumpulan data secara analisis kandungan dilakukan dengan menganalisis dokumen Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG, manakala secara pemerhatian ikut serta pengkaji menyertai dan memerhati kegiatan yang dijalankan oleh siswa guru PISMP di IPG. Hasil pemerhatian atau kajian utama memaparkan keberkesanan program BIG yang dilaksanakan dalam memupuk kemahiran insaniah dalam diri siswa guru di IPG.

 

Kata kunci: Kemahiran insaniah, program bina insan guru, siswa guru, dokumen panduan PISMP, profesionalisme kendiri

 

 

ABSTRACT

 

This concept paper discussed the various strategies of nurturing soft skills through BIG programme at the Institute of Teacher Education (IPG), which has become the medium to produce a prospective teacher who is truly committed, brilliant and versatile when served as a teacher in the future. Student teachers had to undergo this IPG Moral Building Teachers programme (BIG) based on certain semester for six levels. The activities in the BIG programme involved camping, self-confidence when doing water activities, confidence in doing adventurous activities, building a good network of social relations and values inculcation through the training activities of the small group. The soft skills are nurtured through BIG is active and patriotic in the first phase, accountability, trust, creativity and innovative in the second phase, social etiquette, protocol, etiquette speaking, effective listening skills, table manners, dress code in the third phase, higher order thinking skills when making planning and operations in the fourth phase, the characteristics of leadership, school management, school climate, infrastructure and info structure in the school curriculum in the fifth phase and continuously improving self professionalism in the sixth phase. The methodology used were qualitative study followed by content analysis and observation followed. The content analysis was done based on the IPG Guidelines for Bachelor of Teaching (Panduan Program Ijazah Sarjana Muda), and through observing the activities carried out by the student teachers during the BIG programme. The findings indicated that the effectiveness of the BIG program in nurturing the soft skills in student teachers at IPG.

 

Keywords: Soft Skills, IPG Moral Building Teachers Programme, Student Teacher, PISMP Guidance Document, Self Professionalisme

Downloads

Published

05/27/2015

How to Cite

Mohd Salleh, N., Nazir, F., & Mukhtar, F. (2015). Pemupukan Kemahiran Insaniah Melalui Kursus Bina Insan Guru dalam Kalangan Siswa Guru Institut Pendidikan Guru. Jurnal Personalia Pelajar, (17). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/56

Issue

Section

Full Research Article