ANALISIS TERHADAP TAHAP-TAHAP KETAGIHAN MENURUT TEORI AL-‘ISHQ IBNU QAYYIM AL-JAWZIYYAH
Abstract
Ketagihan merupakan satu penyakit minda yang mempunyai tahap-tahap ketegarannya yang tersendiri. Ini merujuk kepada realiti kerinduan seseorang terhadap sesuatu itu berbeza-beza dan mempunyai simptom yang berlainan. Para sarjana Islam turut membuat penelitian terhadap aspek kerinduan kepada sesuatu dalam karya-karya mereka. Antaranya tokoh ilmuan Islam yang terkenal, Ibnu Qayyim al-Jawziyyah yang memperincikan hal ini dalam konsep atau teori al-‘Ishq di dalam beberapa kitabnya. Kajian ini akan menganalisis tahap-tahap ketagihan berdasarkan teori al-‘Ishq oleh Ibnu Qayyim. Kajian ini menggunakan metod induktif, deduktif, serta komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang sangat rapat di antara teori al-‘Ishq dan ketagihan dari sudut definisi dan peringkat-peringkatnya. Justeru, pendekatan terapi al-‘Ishq yang dicadangkan oleh Ibn Qayyim berdasarkan tahap-tahap keasyikan boleh diterokai sebagai suatu input dalam mengemukakan langkah-langkah pemulihan terhadap sebarang isu yang melibatkan ketagihan.
Kata Kunci: Ketagihan, Pemulihan, Kerinduan, Teori al-‘Ishq, Ibn Qayyim Al-Jawziyyah
References
Ibnu Qayyim. (2004). Tibb al-Nabawi. Dar al-Manar, Kaherah.
Ibnu Qayyim. (2000). Madarij al-Salikin. Dar al-Hadis. Kaherah.
Hajah Noresah Baharom. (1993). Kamus Dewan Edisi Keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ibnu Manzhur, Abi Fadhl Jamaluddin Muhammad bin Makram. (1997). Lisan al-Arab. Dar al-Sodir, Beirut.
American Heritage Dictionary. (1995). The American Heritage® Stedman's Medical Dictionary Houghton Mifflin Company.
Linda L. Simmons. (2008). The Everything Health Guide to Addiction and Recovery: Control your behavior and build a better life. Adam’s Media.
William R. Miller, Alyssa A. Forcehimes, Allen Zweben. (2011). Treating Addiction: A Guide for Professionals, Guilford Press, New York.
Ibnu Qayyim. (2012). Raudhah al-Muhibbin wa Jannah al-Mushtaqin. Dar al-Hadis. Kaherah.
Ibnu Qayyim. (1983). Al-Jawab Al-Kafi Liman Saala ‘an Al-Dawa’ Al- Shafi. Dar al-Hadis. Kaherah.
Muhammad Mahmud Al-Harawi. (1987). Min al-Qalaq ila Isti’bad. Shazarat Arabiah.
Jawwad Fathayir. (2001). Al-Idhman; Anwa’uhu, Marahiluhu, ilajuhu, Dar Al-Shuruq.
Copyright (c) 2017 Al-Hikmah
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.