KEPENTINGAN ASPEK PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN DALAM DAKWAH TERHADAP MASYARAKAT ORANG ASLI

  • Ismail Naim Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Ghafar Hj. Don Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Kepentingan, Konsep, Pengetahuan, Kemahiran, Dakwah, Masyarakat Orang Asli.

Abstract

Pendakwah merupakan golongan yang berperanan penting dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat. Hal ini kerana mereka antara insan yang telah  dipertanggungjawabkan oleh Allah dalam memakmurkan agama di muka bumi ini.  Aspek persiapan dianggap elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses penyampaian dakwah. Pengetahuan dan kemahiran adalah dua elemen berkaitan. Artikel ini bertujuan menganalisis kepentingan konsep pengetahuan dan kemahiran dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Kaedah yang digunakan dalam membincangkan isu berkaitan pengetahuan dan kemahiran adalah berdasarkan analisis dokumen. Analisis aspek pengetahuan adalah berdasarkan model Taqhafah al-Da’iyah al-Qardawi. Manakala aspek kemahiran adalah bermodalkan prinsip metodologi dakwah dalam surah al-Nahl, ayat 125. Analisis ini memperlihatkan adalah penting pendakwah menguasai aspek pengetahuan berkaitan ilmu Islam, sejarah dan kearifan tempatan, kepercayaan, adat dan budaya, pengetahuan semasa serta realiti masyarakat setempat. Manakala aspek kemahiran yang perlu dikuasai pendakwah pula ialah komunikasi, kemahiran pertukangan, pertanian, perubatan, sukan dan lain-lain yang berkaitan lingkungan kehidupan masyarakat Orang Asli. 

Author Biographies

Ismail Naim Abdullah, Universiti Kebangsaan Malaysia

Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abdul Ghafar Hj. Don, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

References

Al- Quran al- Karim

Al-Qaradawi, Yusuf. 2009. Thaqafat Al-Daciyah. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Abdul Ghafar bin Don. 1999. Perspektif Dakwah Non Muslim: Kajian Terhadap Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kajian Ilmu-Ilmu Islam Prosiding Wacana Akademik. Jilid 1. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Abdul Ghafar Bin Don. 2018. Komuniti Asli di Malaysia. Pemerkasaan Kesejahteraan Hidup Orang Asli di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Ahmad Tarmizi Abu Bakar & Ab. Halim Tamuri. 2013. Guru Pendidikan Islam (GPI) Sebagai Pendidik Dan Daie Sepanjang Zaman: Satu Analisis. Prosiding Seminar Pertama Pendidikan dan Penyelidikan Islam [SePPIM'13] hlm. 371-385

Djamalul Abidin. 1996. Komunikasi dan Bahasa Dakwah. Jakarta: Gema Insani Press.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). 2014. Kaum Temiar. http://www.perakgis.my/jakoa/indek.php/kenali-orang-asli/suku-kaum-orang-asli/kaum-temiar [13 Nov 2019]

Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahali & Jalal al-Din Abdul al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti. 2004. Tafsir al-Jalalayn. Dimasq: Dar al-Khayr.

Mohd Zamri bin Ibrahim. 2012. Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir di Kolej Antarabangsa. IKIP. Tesis Sarjana Pendidikan Teknikal UTM.

Muhamad Busu. 2016. Kursus bahasa temuan: pengenalan Orang Asli Temuan. Kertas Kerja Bicara Peribumi. Anjuran Pusat Kajian Orang Asli dan Peribumi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, 17 Mei.

Muhammad Said. 2000. Tafsir Al-Quran “At-Tibyan” . Penerbit Victory Agencie .Kuala Lumpur.

Mujiyono Abdillah. 2003. Dialektika Hukum Islam dan Perubahan Sosial: Sebuah Refleksi Sosiologi atas Pemikiran Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Surakarta: Muhammadiyah University Press.

Phayilah Yama, Ikmal Zaidi Hashim, & Farhah Zaidar Mohamed Ramli. 2017. Kaedah Dan Faktor Keberkesanan Perubatan Islam Ruqyah: Kajian Kes Dr. Jahid Sidek International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017 .

Rogers, E. M. 1994. History of Communication Study: A biographical approach. New York: Free Press. New York: Free Press.

Rosleh. 2010. Transformasi PTV. Ke Arah Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama, UTM.

Shahidi A.H., Nor Azwahanum Nor Shaid, Mohd Sharifudin Yusop, Marlyna Maros & Rahim Aman. 2018.b Sociocultural Phenomenology Of Kanaq Aboriginal In Mastery Malay Language: A Preliminary Study.

Siti Rugayah Hj. Tibek. 2011. Profesionisme Dakwah: Harapan dan Cabaran. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sohih Muslim, 1997 Kitab Al Iman, bab dakwah ila syahadatain wa syariat Islam, Jilid 1 no. hadis :121, m/s 146. Penerbit Dar El- Marefah. Beirut. Lebenon.

Syed Abdurahman Syed Hussin. 2010. Dakwah Kepada Orang Asli Di Malaysia: Permasalahan Dan Halangan. Jurnal Usuluddin: 155183.

Wan Ibrahim Wan Ahmad & Zainab Ismail. 2009. Asas Pengetahuan Dan Kemahiran Kepada Pendakwah Profesional Dalam Pengurusan Warga Tua Multi Etnik. Seminar Antarabangsa Dakwah dan Multi Etnik Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, 22-24 Disember .

Published
2019-12-31
How to Cite
Abdullah, I. N., & Hj. Don, A. G. (2019). KEPENTINGAN ASPEK PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN DALAM DAKWAH TERHADAP MASYARAKAT ORANG ASLI. Al-Hikmah, 11(2), 20-36. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/377