PERLANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA POLIS DI IBU PEJABAT POLIS, BUKIT AMAN, KUALA LUMPUR

  • Nik Daud Raja Hussein Cawangan Khas (E1M), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.
  • Rosmawati Mohammad Rasit Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pelanggaran tatasusila agama dalam kalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman Kuala Lumpur dan faktor-faktor mempengaruhinya. Kajian ini merupakan kajian deskriptif menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Seramai 389 orang responden dalam kalangan anggota polis di Ibu Pejabat Bukit Aman, Kuala Lumpur telah terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan nilai min data. Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman agama dalam anggota polis di kawasan kajian berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.73. Faktor media massa merupakan faktor yang paling mempengaruhi berlakunya perlanggaran tatasusila agama. Selain itu, tiada peraturan khusus yang menghalang perbuatan melanggar tatasusila agama juga mempengaruhi anggota polis melakukan tindakan tersebut. Sementara faktor peribadi kerana terlalu mengikut hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan hiburan juga merupakan faktor yang penting.

Kata kunci: tahap perlanggaran, tatasusila agama, anggota polis

Author Biographies

Nik Daud Raja Hussein, Cawangan Khas (E1M), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Rosmawati Mohammad Rasit, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan

References

Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. 2005. Hubungan media massa dengan pegangan akhlak dan pengajaran pendidikan Islam. Laporan Penyelidikan UKM. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Embong. 2003. Pembangunan dan Kesejahteraan: Agenda Kemanusiaan Abad Ke-21. (Syarahan Perdana). Bangi: Penerbit UKM.

Ahmad Syukri. 2008. Pengaruh media massa dan media elektronik dalam mensosialisasikan masyarakat di provinsi Riau. Jurnal Penelitian, Vol VIII No 4 September 2008, hal. 38-45.

Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar. 2006. Membentuk jati diri remaja. Bentong: PTS Professional Publshing Sdn. Bhd.

Aswati Hamzah. 2007. Satu kajian skema taakulan akhlak dalam kalangan pelajar Melayu. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Azma Mahmood, Siti Rohayah Ariffin, Tajul Ariffin Nordin & Khairul Anwar Mastor. 2002. Pengukuran Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar: Satu keperluan ke arah penilaian holistic mata pelajaran pendidikan Islam. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan 2002.

Badlihisham Mohd Nasir & Che Yusof Che Mamat. 2002. Isu etika dalam politik gerakan Islam. The Malaysian Journal of History, Politics and Strategy Studies(JEBAT) 29(2002), hal. 25-47.

Bandura, A. 1973. Aggression: A social learning analysis. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall.

Buerah Tunggak, Maznah Ali, Nurafzan Muhamad & Md. Hamzaimi Azrol Md Baharuddin. 2012. Delinkuensi Pelajar dan Cadangan Penyelesaiannya Menerusi Model Pembangunan Sahsiah Remaja/ Pelajar Muslim Bersepadu. Seminar Antarabangsa Perguruan & Pendidikan Islam: Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Baru. 08-09 Mac 2012.

Fadzlunesa Isa. 2011. Pola sahsiah diri dan faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan penghuni perempuan Sekolah Hendry Gurney Telok Mas Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Fariza Md Sham & Muhammad Faisal Ashaari. 2010. Media sebagai tarikan psikologi dalam dakwah. Kertas Kerja Muzakarah Ulama’ dan Cendiakawan Islam 2010, 31 Mei 2010. Perak: Pejabat SUK Negeri Perak.

Gay, L.R. & Airasian, P. 2000. Educational research: Competencies for analysis and application. New York: Merrill.

Hamidah Sulaiman. 2005. Pendidikan Islam dan pengaruh persekitaran dan kemajuan: Kesan kepada pembentukan sahsiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Hashim Haji Bedu, Khairulhelmi Katip, Mohd Fahmi Mohd Sahid & Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor. 2008. Keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam keluarga; isu dan cabaran. Seminar Kaunseling Keluarga 2008. Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru, 30 Ogos 2008.

Ibnu Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami. 2002. Mukaddimah Ibn Khaldun. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ibrahim. 1999. Isu-isu semasa dari perspektif Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research. Educational and Psychological Measurements, 30, hal. 607-610.

Rohayati Derani. 2004. Persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini: Satu tinjauan di Taman Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Tesis Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Zubaidah Ismail. 2008. Dasar penguatkuasaan dan pendakwaan jenayah syariah di Malaysia: Satu analisis. Jurnal Syariah, Jilid. 16, Keluaran Khas (2008), hal. 537-554.

Sayed Mahussain Sayed Ahmad. 2007. Perlanggaran tatasusila agama dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tesis Sarjana Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusof. 2012. Faktor persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal Hadhari Special Edition, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, hal. 155 – 172.

Zulfan Nasution. 1996. Menangani masalah remaja Muslim. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher.

Published
2014-12-30
How to Cite
Raja Hussein, N. D., & Mohammad Rasit, R. (2014). PERLANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA POLIS DI IBU PEJABAT POLIS, BUKIT AMAN, KUALA LUMPUR. Al-Hikmah, 6(2), 91-107. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/109
Section
Articles