NILAI PENCAPAIAN DAN ORIENTASI MASA HADAPAN REMAJA ORANG ASLI DI NEGERI PAHANG DAN PERAK, MALAYSIA

  • Azlina Mohd Khir
  • Ma'rof Redzuan
  • Hanina H. Hamsan
  • Mohd Ibrani Shahrimin

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli. Ia juga bertujuan untuk menentukan perbezaan nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan berdasarkan pencapaian akademik responden.  Kajian ini melibatkan 402 remaja Orang Asli di negeri Pahang dan Perak yang dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik melalui prosedur tadbir sendiri dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Hasil kajian mendapati responden secara puratanya lemah dalam pelajaran dan mempunyai tahap nilai pencapaian serta orientasi masa hadapan yang sederhana. Kajian juga mendapati nilai pencapaian (F(2, 399) = 11.14; p < 0.01) dan orientasi masa hadapan (F(2, 399) = 28.11; p < 0.01) berbeza secara signifikan berdasarkan tahap pencapaian akademik. Responden yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lebih baik mempunyai tahap nilai pencapaian yang lebih tinggi dan orientasi masa hadapan yang lebih optimis, berbanding rakan yang rendah tahap pencapaian akademiknya. Kesimpulannya, faktor psikologikal seperti nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar. Justeru, dalam usaha mempertingkatkan mutu akademik para pelajar Orang Asli, kedua-dua faktor tersebut perlu diberikan perhatian.

Kata Kunci: Nilai pencapaian, orientasi masa hadapan, pencapaian akademik, remaja, Orang Asli.

References

Azlina, M. K. (2010). Hubungan antara sistem nilai dengan sikap dan motivasi pencapaian komuniti Melayu miskin bandar dan luar bandar. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chang, E. C., & Sanna, L. J. (2003). Experience of life hassles and psychological adjustment among adolescents: Does it make a difference if one is optimistic or pessimistic? Personality & Individual Differences, 34 (5), 867-879.

Cozzarelli, C., Wilkinson, A., & Tagler, M. J. (2001). Attitudes toward the poor and attributions for poverty. Journal of Social Issues, 57(2), 207-227.

Ey, S., Hadley, W., Allen, D.N., Palmer, S., Klosky, J., Deptula, D., Thomas, J.,& Cohen, R. (2005). A new measure of children’s optimism and pessimism: The youth life orientation test. Journal of Child Psychology and Psychiatry (46)5, 548-558.

Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2011). Pelan Strategik Komuniti Orang Asli: 2011-2015. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Malaysia. (2011). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Ma’rof, R. (2010). Pembangunan dan kemunduran komuniti peribumi: Kes kemiskinan dalam komuniti Orang Asli. Dalam Laily, P. & Sharifah, A. H. (Pyt.), Kemiskinan di Malaysia: Isu Fundamental dan Paparan Realiti (pp. 96-131). Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Peterson, C. (2000). The future of optimism. American Psychologist, 55 (1), 44-55.

Santrock, J. W. (2008). Adolescence (12th ed.). New York: McGraw-Hill.

Scheier, M. F., & Carver, C. S. (1992). Effects of optimism on psychological and physical well-being: Theoritical overview and empirical update: Cognitive Therapy and Research, 16, 201-228.

Scheier, M. F., Carver, C. S., & Bridges, M. W. (1994). Distinguishing optimism from neuroticism: A reevaluation of the Life Orientation Test. Journal of Personality and Social Psychology, 67, 1063-1078.

Schwartz, S. H. (1992). Universals in the content and structure of values: Theory and empirical test in 20 countries. In M. Zanna (Ed.), Advances in experimental social psychology (25), 1-65. New York: Academic Press.

Schwartz, S. H. (2012). An overview of the Schwartz Theory of Basic Values. Online Reading in Psychology and Culture, 2(1). http://dx.doi.org/10.9707/2307-0919.1116. Retrieved 20 September 2013.

Trommsdorff, G., Burger, C., & Fuchsle,T. (1982). Social and psychological aspects of future orientation. In M. Irle (Ed.), Studies in decision making: Social psychological and socio-economic analyses (pp. 167-194). New York, NY: Walter de Gruyter.

Trommsdorff, G., & Lamm, H. (1980). Future orientation of institutionalized and noninstitutionalized deliquents and nondeliquents. European Journal of Social Psychology, 10, 247-278.

Published
2016-12-30
How to Cite
Mohd Khir, A., Redzuan, M., H. Hamsan, H., & Shahrimin, M. I. (2016). NILAI PENCAPAIAN DAN ORIENTASI MASA HADAPAN REMAJA ORANG ASLI DI NEGERI PAHANG DAN PERAK, MALAYSIA. Al-Hikmah, 8(2), 97-109. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/236
Section
Articles