Komuniti Melayu di Mekah : Satu Kajian Tentang Latar Belakang Sejarah dan Cara Hidup

  • Othman Hj. Talib
  • Mohamed Mohamed Tolba Said

Abstract

Komuniti Melayu atau lebih dikenali sebagai jawa di kalangan penduduk Mekah telah mula mendapat perhatian besar khususnya di kalangan para pengkaji sejarah. Ini mungkin disebabkan bilangan ahli komuniti ini begitu ramai dan terkenal di kota suci Mekah, Arab Saudi berbanding komuniti-komuniti lain. Umat Islam Malaysia, khususnya bangsa Melayu sangat berkait rapat dengan kota suci Mekah kerana mereka, sebagai umat Islam sangat prihatin untuk melaksanakan rukun Islam kelima, iaitu ibadat haji. Mereka juga prihatin untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sehingga ramai dari mereka menjadi ulamak besar sekembali ke tanah air. Artikel ini merupakan percubaan awal untuk menyelusuri sebab-sebab mengapa komuniti Melayu berhijrah ke kota suci Mekah.

References

Al-Siba ‘ie Ahmad. 1979/1399. Tarikh Makkah : Dirasatun fi al Siasati wa al- ‘Ilmi wa al-Ijtima ‘ie wa al- ‘mrani. Daru Makkah li Tiba ‘ati wa al-Nasyri wa al-Tawzie. Cetakan 4. Juzuk 1. Hlm. 570.

Mahmud al Siryani, Dr. Muhammad & Nawab Mirza, Dr. Mie‘raj. 1999/1419. Karya Terjemahan ‘‘Sofahat Min Tarikh Makkah’’. Semakan Dr. Muhammad Ibrahim Ali, Riyadh: Daratu al-Malik Abdul Azizi.

Rafie‘, Muhammad Umar. 1981/1401. Makkah fi al-Qarni al-Rabie‘ ‘Asyar al-Hijri’’. Daru Makkah li al Tiba ‘ati wa al-Nasyri wa al Tawzei‘. Cetakan 1. Hlm. 165.

Published
2009-01-08
How to Cite
Hj. Talib, O., & Mohamed Tolba Said, M. (2009). Komuniti Melayu di Mekah : Satu Kajian Tentang Latar Belakang Sejarah dan Cara Hidup. Al-Hikmah, 1, 31-38. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/44
Section
Articles