PERSEPSI DAN SIKAP MUALAF TERHADAP IMPAK PANDEMIK COVID-19 DI TERENGGANU

  • Azarudin Awang Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara Cawangan Terengganu
  • Norhana Abdullah @ Ng Siew Boey Persatuan Cina Muslim (MACMA) Negeri Terengganu
  • Che Norzila Sulong Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara Cawangan Terengganu
Keywords: demografi, impak, pandemik COVID-19, mualaf, persepsi, sikap

Abstract

Komuniti mualaf di Terengganu adalah meliputi pelbagai bangsa, peringkat usia dan pendidikan, latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang berbeza. Langkah kawalan pergerakan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 memberi pelbagai impak ke atas komuniti mualaf. Penutupan dan keterbatasan operasi terhadap pelbagai sektor ekonomi menyebabkan ramai dalam kalangan warga mualaf di negeri ini telah terjejas sumber pendapatan mereka.  Objektif kajian ini ialah mengenal pasti persepsi dan sikap mualaf terhadap impak pandemik COVID-19 di Terengganu. Selain itu, menganalisis hubungan demografi mualaf terhadap persepsi dan sikap mereka ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan bilangan sampel adalah seramai 133 orang mualaf di Terengganu dan menggunakan borang soal selidik berskala Likert 5 yang diedarkan melalui Google Form. Selanjutnya borang soal selidik dianalisis menggunakan peratus, min dan sisihan piawai, ujian-t dan ujian ANOVA sehala bagi melihat persepsi dan sikap mualaf ketika berhadapan pandemik COVID-19. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi mualaf terhadap pandemik COVID-19 memberi tekanan hidup yang tinggi kepada mereka. Sebahagian mualaf mengambil langkah seperti melakukan kerja tambahan, meminta bantuan tambahan malah ada juga yang meluahkan tekanan perasaannya kepada rakan taulan atau pihak yang berkaitan agar segala permasalahan yang melanda dapat diselesaikan. Kajian ini adalah penting kerana ia menjelaskan gambaran sebenar tentang kemelut yang berlaku bagi komuniti mualaf di negeri Terengganu ketika meletusnya pandemik COVID-19. Seterusnya ia menjadi rujukan kepada pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah yang sewajarnya.

References

Abdul Majid Konting. 2009. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rashid Abdul Aziz, Amin Al Haadi Shafie, Zuraina Ali, & Noor Dahiah Sulhana Dzainal. 2020. Pengamalan nilai agama dalam mengatasi kemurungan semasa pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5 (12): 31-44.

Ahmad Sunawari Long. 2009. Pengenalan Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: UKM.

Aimi Wafa Ahmad & Nur Najwa Hanani Andul Rahman. 2020. Sokongan sosial: Satu keperluan dalam pemerkasaan saudara baru. Jurnal Pengajian Islam 13 (2): 238-253.

Azarudin Bin Awang & Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. 2014. Bentuk-bentuk hubungan muslim-non muslim selepas pemelukan agama: Kajian kes dalam kalangan mualaf Cina Terengganu. Jurnal Kemanusian 12 (2): 1-13.

Azman Ab Rahman, Nur Ain Syafiqah Rahma, Muhd Faiz Abd. Shakor, Nurul Shazwani Nordin, & Mohamad Anwar Zakaria. 2020. Sorotan literatur kajian Modul Pengajian Mualaf di Malaysia. Diskusi Syariah dan Undang-undang 1 (1): 46-53

Azman, A.R, Irwan, M.S, Mahazan, A.M, Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R, Nuradli Ridzwan Shah, M.D, Rose Irnawaty, Ibrahim, Norlina Ismail. 2015. Indeks pengukuran penentuan had tempoh mualaf di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research 6(1): 39-63.

Fransiskus Arsenius Agung & Yusuf Hariyoko. 2022. Menyempurnakan Data Demografi di RT 002 Kelurahan Lawir. Prosiding Patriot Mengabdi 1(1): 1-6.

Hamidon, N. 2021. Kajian kes: cabaran dan solusi pembelajaran dalam talian semasa pandemik COVID-19 bagi pelajar menengah rendah. International Conference of Research On Language Education (I–RoLE) 2021.

Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Azarudin Awang, Suraya Sintang, Nur Farhana Abdul Rahman, Wan Adli Wan Ramli, & Khairul Nizam Mat Karim. 2017. Muhajir penjana interaksi dan toleransi beragama saudara baru-muslim-non-muslim. Akademika 87(2): 63–76.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30: 607-610

Maimun Aqsha Lubis, Mohd Sham bin Kamis, Sohaina binti Mohd Salleh, Zunidar, Usiono, Eka Yusnaldi, Siti Hajar binti Taib, & Ikwan Lubis SE. 2021. Isu terkini pendidikan islam di era pandemik COVID-19 di Malaysia. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) 4 (1): 75-91.

Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Rohaya Md Ali, Muhammad Wafi Ramli. 2021. Impak perintah kawalan pergerakan terhadap golongan miskin: Satu analisis cerpen “Kuncitara”. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6 (2): 1-8.

Mohd Asyraf Mohd Farique & Mohd Aiman Mohd Fauzi. 2021. Implikasi pandemik COVID-19 terhadap ekonomi global dan ekonomi Malaysia. International Journal of Interdisciplinary & Strategic Studies 2 (1): 121-129.

Mohd Isa Mohd Deni & Sri Rahayu Sarifin. 2021. Peranan dan cabaran agensi agama islam ketika era pandemik COVID-19. International Conference on Syariah & Law 2021 (ICONSYAL 2021) - Online Conference: 370-378.

Mohd Saipuddin Suliman, Yamamoto Hiroyuki, Nordiana Ab. Jabar, Lim Ying Xuan & Mimi Suriani Mat Daud. 2021. Impak pandemik COVID-19 terhadap bidang bahasa, sastera dan budaya di Malaysia. Journal of Malay Language, Education and Literature (PENDETA) 12 (Edisi Khas): 10-20.

Mohd Syafiq Suresh. 2017. Isu-isu yang berkaitan saudara baru. Majlis Agama Islam & Adat Melayu, (MAIDAM) Kuala Terengganu pada 29 September 2017.

Mokhtar Ismail. 2011. Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mukniah. 2020. Polemik pandemik COVID-19 dan implikasinya terhadap kesehatan jiwa. Indonesian Journal of Islamic Psychology 2 (1): 50-61.

Norwardatun Mohamed Razali & Siti Mardhiyah Kamal Azhari. 2020. Implikasi COVID-19 Dari Sudut Emosi Dan Solusi Menurut Perspektif Al-Quran. International Seminar on Islam and Science: 632-642.

Rahisam Ramli. 2013. Mekanisme Agihan Zakat Muallaf Berdasarkan Realiti Semasa. Proceedings of World Universities’ Islamic Philanthropy Conference 2013: 1-7.

Samsiah Jayos & Kamarul Azmi Jasmi. 2013. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Dalam Kalangan Klien Mualaf. Dalam, Prosiding Seminar Pertama Pendidikan dan Penyelidikan Islam [SePPIM’13] di Universiti Teknologi Malaysia pada 17-18 September: 357-370.

Siti Adibah Abu Bakar & Siti Zubaidah Ismail. 2018. Pengurusan mualaf d Malaysia: Kerjasama dinamik antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Jurnal Usuluddin 48 (2): 97-122.

Suraya Sintang, Khadijah Mohd. Khambali @ Hambali, Keighley Lloyd Al-Ganiyy K. Diaz, Habibah Artini Ramli, & Saiful Azry Mokhtar. 2021. Penglibatan dan sumbangan bantuan COVID-19 Hidayah Centre Foundation (HCF) kepada saudara baru. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari 22(1): 15-26

Worldometer. 2021. Corona Virus World Population. Dicapai pada 3 Ogos 2021. https://www.worldometers.info/coronavirus/#countries

Yasmoon Mohamed, Razaleigh Muhamat @ Kawangit. 2019. Tahap kepuasan muallaf terhadap pengurusan kelas bimbingan agama Islam Kelantan (MAIK). Jurnal Al-Hikmah 11 (2): 88-98.

Zainora Daud, Noorhafizah Mohd Haridi, Norazman Alias & Anuar Hasin. 2021. Kajian perbandingan kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi terhadap simptom stres yang dialami ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian era COVID-19. Journal Al-Irsyad 6 (1): 615-627.

Published
2023-12-29
How to Cite
Awang, A., @ Ng Siew Boey, N. A., & Sulong, C. N. (2023). PERSEPSI DAN SIKAP MUALAF TERHADAP IMPAK PANDEMIK COVID-19 DI TERENGGANU. Al-Hikmah, 15(2), 1-21. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/451