SUMBANGAN KARYA DAN INTERAKSI DAKWAH ABDULLAH AL-GHUMARI

  • Muhammad Zulhelmi Sidek Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Latifah Abdul Majid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keywords: Abdullah al-Ghumari, Dakwah, Prolifik, Responsif

Abstract

Dakwah atau usaha menyeru manusia ke jalan Allah merupakan kewajipan ke atas umat Islam. Salah satu daripada cabang dakwah adalah melalui penulisan dan pengkaryaan. Ia merupakan tradisi para ulama menyebarkan ilmu pengetahuan melalui medium tersebut. cAbdullah al-Ghumari (w.1993) merupakan tokoh dan digelar al-mutafannin (polymath) kerana penguasaan dan penulisan yang mencakupi pelbagai bidang ilmu Islam. cAbdullah al-Ghumari telah berperanan sebagai tokoh yang responsif dan progresif terhadap isu-isu semasa yang mewarnai kehidupan umat Islam menerusi penulisannya. Kajian ini bertujuan mengenalpasti peranan Abdullah al-Ghumari daripada perspektif perkaryaan dan penglibatan dakwahnya. Reka bentuk kualitatif diaplikasikan dalam artikel ini dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan berfokuskan kepada kumpulan karya-karya cAbdullah al-Ghumari dan disokong dengan beberapa literasi biografi dan bibiliografi mengenai beliau. Seterusnya, data yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif dan tematik. cAbdullah al-Ghumari telah menghasilkan karya dalam pelbagai tema dan kategori; antaranya menjawab persoalan semasa, mengkritik fatwa dan merungkai kebatilan dalam usaha menyampaikan dakwahnya kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan golongan. Interaksi beliau dengan masyarakat sama ada bersama para ilmuan atau generasi belia dapat dilihat menerusi hasil pengkaryaannya. Kepentingan kajian ini adalah dapat memperkenalkan kepada umum tentang sumbangan karya dan interaksi dakwah Abdullah al-Ghumari dalam lapangan umat sekaligus membuka tirai kajian lanjutan buat ahli akademik mendatang.

Kata Kunci: Karya, cAbdullah al-Ghumari, dakwah, interaksi, prolifik, responsif.

References

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2017. Kaedah Penyelidikan Sosial Daripada Perspektif Penyelidikan Pengajian Islam. Cetakan Kedua. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi & Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid. 2014. Membina Pengisian Berpengaruh Dalam Media Baharu Melalui Penulisan Dakwah. Al-Hikmah. 6(2) 2014: 78-90.

Al-Bayanuni, Muhammad Abu al-Fatah. 2010. al-Madkhal ila cIlm al-Dacwah. Cetakan Keempat. Beirut, Lubnan: Dar al-Risalah al-Alamiyyah.

Al-Ghalbazuri, Nusaibah. 2001. cAbdullah bin al-Siddiq al-Ghumari : Juhuduhu wa Manhajuhu fi al-Tafsir wa cUlum al-Quran. Tesis Peringkat Doktor Falsafah. Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Muhammad V, Rabat, Maghribi.

Al-Ghazali, Muhammad. 2003. Turathuna al-Fikri fi Mizan al-Syarac wa al-cAqal. Kaherah: Dar al-Shuruq.

Al-Ghumari, cAbdullah bin Siddiq. 2007. al-Hawi li al-Fatawa al-cAllamah al-Hafiz Abu al-Fadl cAbdullah bin Siddiq al-Ghumari (Jamacahu : Ibrahim Ahmad Syahatah). Kaherah: al-Maktabah al-Azhariyyah li Turath.

Al-Ghumari, cAbdullah bin Siddiq. 2016. Mausucah al-cAllamah al-Muhaddith al-Mutafannin Sayyidi al-Syarif cAbdullah bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Hasani. Cetakan Kedua. Kaherah-Iskandariah: Dar al-Salam.

Al-Jabbari, Abdullah. 2011. al-Ijtihad al-Fiqhi cInda al-Hafiz cAbdullah bin Siddiq al-Ghumari al-Hasani. Beirut: Dar Ibn Hazm.

Al-Suyuti, Jalaluddin cAbd al-Rahman. 2016. Tadrib al-Rawi fi Sharh Taqrib al-Nawawi. Muhammad cAwwamah (tahqiq). Jeddah: Dar al-Minhaj.

Farouk Hamadah. 2006. cAbdullah bin Siddiq al-Ghumari al-Hafiz al-Naqid. Makalah : cUlama’ wa Mufakkirun Mucasirun Lamahat Hayatihim wa Tacrif bi Muallafatihim, Edisi 29. Damsyik: Dar al-Qalam.

Mahmud Sacid Mamduh. 2013. Tasynif al-Asmac bi Syuyukhi al-Ijazah wa al-Sama’. Cetakan Kedua. Kaherah: Dar Kutub al-Misriyyah.

Mohd Muhiden Abd Rahman. 2004. Sejarah Penulisan dan Pembukuan Hadith : Satu Sorotan. Jurnal Usuluddin. 19: 115-138.

Nurhafiza Hamzah, Anuar Mustafha & Halimi M.Khalid. 2014. Asas Penulisan dan Pembukuan Menurut Perspektif Islam: Implikasi Terhadap Dakwah. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan (INSAN 2014) Batu Pahat, Johor, 9-10 April 2014. Universiti Tun Hussien Onn.

Nurul Ulya Fahmi Zakiyyah. 2019. Bid’ah Dalam Penafsiran Al-Quran: Kajian Atas Pemikiran Abdullah al-Ghumari. Tesis Sarjana Ilmu al-Quran dan Tafsir, Universiti Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia.

Suheil Ismail Laher. 2007. A Twentieth-Century Mujtahid: Syakh Abdullah Al-Ghumari. Tesis Sarjana. Graduate School of Arts And Sciences. Boston University, Massachusetts, United States.

Zafir bin Hasan cAli Jabcan. 2011. al-Dacwah Ila Allah bi al-Kitabah. Cetakan Pertama. www.aljebaan.com.

Published
2021-12-30
How to Cite
Sidek, M. Z., & Abdul Majid, L. (2021). SUMBANGAN KARYA DAN INTERAKSI DAKWAH ABDULLAH AL-GHUMARI. Al-Hikmah, 13(2), 62-79. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/466