PENGURUSAN PRASARANA DAKWAH MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

  • Azizul Azra Abdul Razak Universiti Tun Hussein Onn
  • Mohd. Hisyam Abdul Rahim Universiti Tun Hussein Onn
  • Hafizah Abdul Jalil Universiti Tun Hussein Onn
Keywords: pengurusan, prasarana, dakwah, al-Quran

Abstract

Prasarana dakwah merujuk usaha dalam menyebarluas seruan Islam dengan sistematik dan sempurna dengan menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang telah tersedia mahupun akan dirancang penyediaannya. Namun, kefahaman berkenaan dengan prasarana dakwah agak kurang diperjelaskan khusus dalam aspek pengurusannya melalui tinjauan al-Quran. Justeru kajian ini bertujuan mengenalpasti aspek pengurusan prasarana dakwah menurut perspektif al-Quran serta mengenalpasti aktiviti pengurusan dakwah di dalamnya. Kajian perpustakaan dengan mengaplikasikan metode analisis data dan kandungan digunakan bagi mencapai objektif kajian ini. Hasil kajian telah mengenalpasti beberapa aspek penting perlu diketengahkan khusus dalam mengurus prasarana dakwah yang merujuk kepada beberapa aktiviti khusus seperti penyediaan, penyelenggaraan, pemulihan, pencatatan, pengawasan dan penyaluran yang menjadi asas dalam disiplin pengurusan dakwah. Implikasi kajian ini memberikan kefahaman yang jelas berkenaan dengan pengurusan prasarana dakwah serta aktiviti-aktivitinya yang perlu dipertingkatkan untuk dibangunkan dan menjadi mekanisme terbaik dalam konteks dakwah semasa menurut perspektif al-Quran.

References

Abd. Ghaffar Don & Kamaruzzaman Yusoff. 1999. Peranan Masjid Dalam Menjana Kebangkitan Siasah Islam, dalam Zulkiple Abd. Ghani, et.al. (pnyt.) Kepimpinan Dakwah dan Politik Islam. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan.

Abdullah Syahatah. 1978. Al-Da’wah al-Islamiyyah Wa al-Ilam al-Dini, Kaherah: al-Hay’ah al-Mishriyah al-Ammah li al-Kitab.

Ahmad Mohd Noor Firdaus & Khairunnisa A Shukor. 2019. Kurikulum Pendidikan Islam para Sahabat: Satu sorotan. Jurnal al-Munzir 12 (2): 209.

Al-Mawardi. 2007. Al-Ahkam al-Sultaniyyah. Beirut: Dar al-Fikr.

Arieff Salleh Rosman & Yahaya Jusoh. 2014. Tafsir Maudhu’iy: Politik Dan Urus Tadbir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Burhanuddin Abdul Jalal. 2007. Cabaran Dakwah Islamiah Masa Kini. Rencana Blog Dr Burhanuddin Jalal. Dicapai pada 12 Disember 2023. https://burhanuddin63.blogspot.com/2007/11/cabaran-dakwah-islamiah-masa-kini.html

Burhanuddin Jalal, Amnah Saayah Ismail & Sayuti Ab Ghani. 2018. Dinamika pendakwah melaksana dakwah pelbahai etnik. Journal of Education and Social Sciences 9 (1): 45-51.

DBP. 2015. Kamus Dewan, ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Hamka. 1990. Tafsir al-Azhar. Jakarta: Pustaka Panjimas.

Ibnu Kathir. 1999. Tafsir al-Quran al-Azim. Kaherah: Dar al-Tiba’ah.

Mona Novita. 2017. Sarana dan prasarana yang baik menjadi bagian ujung tombak keberhasilan lembaga pendidikan Islam, Nur El-Islam Jurnal Pendidikan dan Sosial Keagamaan 4 (2), 97-129.

Muchlis Muhammad Hanafi et.al. 2019. Tafsir Maudhu’i, Tafsir al-Qur’an Tematik. Jakarta: Pt Lentara Ilmu Makrifat.

Muhammad Abduh. t.t. Tafsir al-Manar. Beirut: Dar al-Fikr.

Quraish Shihab. 2002. Tafsir al-Misbah, Pesan, Kesan dan Keserasian al-Quran. Cet. 1. Vol 10. Jakarta: Lentara Hati.

Sayyid Qutb. 1992. Peranan agama dalam pendidikan. Dalam. Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. Tujuan dan objektif pendidikan Islam (terj.) Samsudin Jaapar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syukriadi Sambas. 2009. Pemikiran dakwah Muhammad Abduh dalam Tafsir al-Manar. Tesis Phd. Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Published
2023-12-29
How to Cite
Abdul Razak, A. A., Abdul Rahim, M. H., & Abdul Jalil, H. (2023). PENGURUSAN PRASARANA DAKWAH MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN. Al-Hikmah, 15(2), 22-40. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/483